NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pahang: Tengku Arif Bendahara mangkat

KUANTAN: Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Abdullah Sultan Abu Bakar, mangkat di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Jurucakap Istana Pahang, ketika dihubungi di sini, mengesahkan perkara itu dan berkata, jenazah Almarhum akan diterbangkan ke negeri ini menggunakan Pesawat Charlie di Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, pada jam 3 petang ini.

Katanya, Almarhum berusia 78 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 11.30 pagi akibat kanser darah.

Jurucakap itu memaklumkan, jenazah Almarhum Tengku Abdullah akan dibawa ke Makam Diraja, Pekan, untuk disemadikan petang ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuantan.

"Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) sudah maklum mengenai perkara ini dan akan berangkat ke Pekan (Makam Diraja) pada jam 3.30 petang," katanya.

Tengku Abdullah, meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Yusoff dan dua anak.

Almarhum juga bapa mentua kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.








No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo