NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAC: Ronald Kiandee sedia galas tugas Pengerusi



KUALA LUMPUR 4 Ogos - Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bakal dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Selasa ini.

Mengesahkan perkara itu, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai tawaran pelantikan tersebut daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, minggu lalu.

Pada masa yang sama, katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong turut memaklumkan perkara itu kepada beliau ketika di Parlimen.

"Saya yakin pelantikan ini telah dibincangkan antara kerajaan Pakatan Harapan dengan kepemimpinan pembangkang, jadi saya terima dengan hati terbuka.

"Walau bagaimanapun, ia bergantung pada Selasa nanti sama ada usul tersebut lulus atau tidak," katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Dewan Rakyat Isnin depan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mencadangkan Ronald sebagai Pengerusi PAC manakala Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa tersebut. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo