NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muslimat PAS Desak Siasatan Telus Campur Tangan IRI


oleh: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) memandang serius tentang pengakuan dan pendedahan ekslusif daripada Presiden International Republican Institute (IRI) mengenai wujudnya kerjasama dengan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002 dalam satu forum anjuran Center for Strategic and International Studies (CSIS). (Link video : https://youtu.be/L4ilMqtkJJo).

2. Hal ini turut diakui oleh kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang mengakui wujud hubungan dengan IRI dalam program kursus dan latihan yang dianjurkan oleh badan pemikir tersebut.

3. Penglibatan langsung IRI dengan parti-parti politik di Malaysia akan membayangi ideologi yang turut diagendakan oleh mereka. Oleh sebab itu, ia dilihat sebagai ancaman terhadap perjalanan politik di negara ini.

4. Kita tidak menafikan rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu Islam berasa tidak selesa, bimbang dan resah dengan isu-isu asas perlembagaan yang dipolemik oleh pihak-pihak tertentu setelah peralihan kepimpinan negara pasca PRU-14.

5. Namun perkara berkaitan IRI ini lebih menjadi isu utama dan perlu diselesaikan segera kerana melibatkan campur tangan satu ‘kuasa’ luar dan asing dalam urus tadbir negara.

6. Justeru satu siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mengelakkan campur tangan berterusan daripada kuasa asing.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo