NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MP PAS Kesal Sikap Timbalan Menteri Beragama Islam



KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rantau Panjang, kesal dengan sikap Timbalan Menteri kerajaan Pakatan Harapan beragama Islam tergamak menyindir beliau hanya kerana membangkitkan tentang soal aurat wanita di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, beliau dan Ahli Parlimen Pas yang lain telah difitnah kononnya hanya aktif membahaskan isu aurat berbanding isu rasuah di Parlimen.

“Dari pagi hingga malam kami bahas pelbagai isu sama ada isu ekonomi, salah gunakuasa, rasuah, pendidikan, sosial, pembangunan luar bandar, kesihatan, kanak kanak, kekeluargaan, keselamatan, kos sara hidup rakyat dan banyak lagi.

“Tergamak seorang Timbalan Menteri Muslim menyindir seolah olah kami hanya aktif isu aurat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin di Facebook kelmarin mengkritik tindakan beberapa Ahli Parlimen membangkitkan isu penutupan aurat di Dewan Rakyat.

Hanipa dipetik berkata, Ahli Parlimen terbabit aktif dan segar untuk berbahas isu seperti aurat dibandingkan isu-isu lain seperti isu rasuah, isu salah guna kuasa, isu pembaziran dan isu-isu lain.

Dakwa Hanipa, sikap Ahli Parlimen terbabit mudah dipersepsikan apa yang dipanggil dengan istilah “reductionist.”

“Akan wujudnya satu ironi. Kita seolah-olah cuba lantang membela Islam , tapi dalam masa yang sama Islam pula akan dilihat lekeh oleh setengah pihak. Kerana apa? Kerana kita akan dilihat cuba “reduce Islam to” berhukum semata mata,” dakwa Hanipa.

Menjawab dakwaan itu, Siti Zailah berkata, beliau membangkitkan itu bagi menuntut hak pekerja wanita beragama Islam diberi hak berpakaian menutup aurat sebagaimana
dijamin secara dalam perlembagaan Persekutuan.

Beliau dalam pada masa sama menyelar Ahli Parlimen Pakatan Harapan Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berhubung isu menjamin hak pekerja wanita muslim menutup aurat berkenaan.

Maria dilaporkan menyanggah perkara itu dan seolah-olah menganggap pemakaian menutup aurat sebagai “menyalahkan golongan wanita” dalam isu gangguan seksual. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/mp-pas-kesal-sikap-timbalan-menteri-beragama-islam/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo