MOU – Bukti Kuizm Melaksana Amanah Pendidikan 


GOMBAK, 18 OGOS 2018 – Dalam usaha melebarkan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) sebagai hub-pendidikan, berbagai usaha telah dan sedang dijalankan. Antara inisiatif terbaru adalah mengadakan Majlis Hi-Tea atau Minum Petang.

Selain meraikan para graduan Diploma dan Persijilan yang telah bergraduasi di sebelah paginya, pihak KUIZM ingin masyarakat awam turut sama-sama mendokong aspirasi memartabatkan ilmu. Maka Hi-Tea tersebut telah membuka peluang kepada penduduk Lembah Klang dan sekitarnya mendengar penerangan lakaran ‘Education Path’ dalam suasana santai dan ilmiah, yang disampaikan oleh Rektor KUIZM, Dr. Mohd Zuhdi Marsuki.

Acara utama Hi-Tea tersebut telah disulami dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara pihak KUIZM dengan dua belas buah ‘Sekolah Perantara’. Sekolah-sekolah tersebut akan menghantar pelajar ke KUIZM dalam sesi-sesi Pengambilan Kemasukan Pelajar setelah mereka tamat di peringkat sekolah menengah agama atau tahfiz al-Quran. 


"Inilah yang kami hasratkan dalam usaha melaksanakan tanggungjawab pendidikan, di mana pihak KUIZM menyediakan peluang kepada ibu bapa yang awal-awal telah memilih menyekolahkan anak-anak mereka di aliran agama agar dapat menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi, KUIZM. Di samping KUIZM meneruskan agenda pendidikan Islam, ia turut melaksanakan kursus-kursus berorientasikan keperluan industri yang bersifat kontemporari," kata Pengarah Program Hi-Tea, Puan Salbiah Abd Wahab.


KUIZM yang menerima kemasukan pelajar daripada sekolah-sekolah berorientasi Islam termasuk sekolah pondok, Tahfiz al-Quran serta sekolah menengah kebangsaan untuk meneruskan pendidikan tinggi di KUIZM secara tidak langsung, memberi peluang kepada pelajar-pelajar menikmati dan meneruskan sistem pendidikan Islam secara menyeluruh di peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. 


Turut menyertai Majlis Hi-Tea tersebut termasuklah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh, Tuan Haji Subki Abd Latif serta lain-lain. Tidak ketinggalan yang hadir termasuk para ahli akademik, para usahawan dalam sektor perbankan dan pengusaha industri pendidikan luar negara. Majlis turut dihiburkan dengan alunan persembahan nasyid oleh Soutul Amal.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget