Menteri Pendidikan ; Jangan Janji UEC 5 Tahun Lagi



1. Menteri Pendidikan diingatkan supaya tidak membuat janji lagi untuk mengiktiraf Sijil UEC dalam tempoh 5 tahun akan datang kerana ia tetap bercangah dan bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang disiarkan melalui akhbar Malay Mail baru baru ini.

2. Menteri Pendidikan diminta supaya bertegas dan berani untuk menolak sistem pendidikan persendirian sekolah cina dan pengiktirafan sijil UEC kerana ianya berada diluar sistem dan kerangka pendidikan kebangsaan dan ianya merupakan pilihan mereka pada masa lepas.

3. Menteri Pendidikan juga diminta bertegas dengan tekanan dan desakan serta tidak melayan sebarang tuntutan daripada pihak pihak tertentu dan parti sekutu Pakatan Harapan untuk mengiktiraf Sijil UEC.

4. Majlis Pembangunan Pendidikan Islam ( MAPPIM) bersama Gabungan 300 Ngo Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan tetap meneruskan tentangan pengiktiran Sijil UEC oleh mana mana pihak yang cuba membawa agenda pendidikan tersebut dalam sistem pendidikan negara.

Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa UMMAH
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget