NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Memorandum Mempertahankan Hak Wanita Fitrah Dalam Isu Transgender


Kami, gabungan NGO-NGO Wanita, ingin merujuk kepada Sidang Media yang diadakan oleh Menteri Agama, YB Dato’ Dr Mujahid baru-baru ini dengan Encik Nisha Ayub.

Kenyataan Dato ini boleh dilihat di dalam video di capaian ini :
https://www.youtube.com/watch?v=uaEjEXeXqXk

1. Kami ingin merakamkan kekecewaan dan kekesalan kami terhadap kenyataan rasmi Dato' yang dilihat terburu-buru, tidak cermat serta berat sebelah kerana mendapat pandangan dari Encik Nisha sahaja.


2. Kami berpandangan sebarang kenyatan rasmi perlu kepada pandangan setiap pihak yang terlibat menangani masalah transgender seperti pihak agama, perundangan, badan-badan wanita sendiri serta badan-badan bukan kerajaan.

Walhal, sumber Dato' hanya daripada Encik Nisha yang mendedahkan bagaimana golongan transgender ini telah didiskriminasi oleh masyarakat,dalam pertemuan selama 40 minit sahaja. Tiada maklumat lanjut samada pendedahan Encik Nisha ini disokong oleh satu kajian terperinci atau sekurang-kurangnya statistik laporan polis berhubung kejadian diskriminasi ke atas golongan Mak Nyah.

Di dalam situasi sebegini, satu kajian yang lebih menyeluruh sewajarnya dijalankan untuk mendapatkan gambaran serta solusi yang lebih holistik.

2. Kami juga menuntut penjelasan lanjut mengenai  bentuk diskriminasi serta hak yang diperjuangkan golongan transgender. Adakah mereka disisih daripada mendapat pendidikan, pekerjaan atau kesihatan? Sekiranya ya, dimanakah statistik laporan kementerian berkenaan yang mengatakan sedemikian? Walaupun Malaysia ini majoritinya adalah umat Islam, setakat yang kami perhatikan, golongan transgender bebas berada dalam masyarakat tanpa kekangan.

3. Kami juga kesal bahawa kenyataan yang terlalu umum daripada Dato' membuka ruang penindasan ke atas wanita fitrah. Pada minit-minit terakhir persidangan media tersebut, Dato' menyebut bahawa transgender ada hak untuk pergi ke 'public place' dan tempat ibadah. Ini adalah kenyataan rasmi yang cuai kerana 'public place' merangkumi tandas wanita.

Dalam erti kata lain, kenyataan Dato' dilihat membenarkan transgender mengunjungi tandas wanita serta memaksa kami wanita fitrah untuk berkongsi tempat awam dengan lelaki berpakaian wanita.

Keadaan ini boleh mendedahkan wanita kepada gangguan seksual kerana ianya sebenarnya membuka peluang kepada mana-mana lelaki untuk menyamar menjadi transgender dan masuk ke dalam tandas wanita, tempat mandi wanita, kolam wanita, locker wanita atau ruang solat wanita. Kami tidak ingin berlaku julung-julung kalinya kes wanita dirogol dalam tandas wanita oleh lelaki yang mengaku transgender.

Kami wanita fitrah bertegas mempertahankan hak kami serta tidak ragu-ragu untuk menggunakan proses mahkamah sekiranya kenyataan Dato' itu telah menyebabkan peningkatan penggunaan ruang awam wanita oleh golongan transgender.

4. Kami gusar bahawa yang menanggung beban hasil daripada kenyatan Dato' adalah kami wanita fitrah terutama Muslimah yang perlu menjaga aurat mereka dengan lelaki bukan muhrim yang merangkumi golongan transgender. Ini disebabkan mereka masih tetap dianggap lelaki menurut hukum Islam walaupun berpakaian wanita atau telah menjalani pembedahan penukaran jantina yg haram disisi Islam. Apatah lagi jika dibenarkan berkongsi tempat ibadah seperti masjid dan surau.

Oleh itu, kami dengan ini mendesak agar Dato` mengeluarkan kenyataan yang lebih tepat berkenaan 'public place', di mana golongan transgender perlu menggunakan tempat awam yang dikhususkan untuk lelaki sahaja.

Akan tetapi, kami ingin menyeru kaum lelaki supaya menghormati hak golongan transgender untuk menggunakan tandas lelaki serta lain-lain tempat awam tanpa gangguan, serta dijamin keselamatan mereka.

5. Akhir kata, kami menyeru agar dakwah kepada mereka untuk kembali kepada fitrah asal sebagai lelaki perlu diteruskan dan disokong oleh pihak kementerian kerana jelas cara hidup mereka adalah bertentangan dengan hukum Islam.

Dari hadith Rasulullah saw,

Ų¹Ł† Ų£ŲØŁŠ Ł‡Ų±ŁŠŲ±Ų© Ų±Ų¶ŁŠ Ų§Ł„Ł„Ł‡ Ų¹ŲŖŁ‡ Ł‚Ų§Ł„: Ł„َŲ¹َŁ†َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŲµَŁ„َّŁ‰ Ų§Ł„Ł„Ł‡ُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِ ŁˆَŲ³َŁ„َّŁ…َ Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„َ ŁŠَŁ„ْŲØِŲ³ُ Ł„ِŲØْŲ³َŲ©َ Ų§Ł„Ł…َŲ±ْŲ£َŲ©ِ، ŁˆَŲ§Ł„Ł…َŲ±ْŲ£َŲ©َ ŲŖَŁ„ْŲØِŲ³ُ Ł„ِŲØْŲ³َŲ©َ Ų§Ł„Ų±َّŲ¬ُŁ„ِ.

Yang bermaksud:
Daripada Abi Hurairah r.a: "Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki."
(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098, muka surat 27 dalam Bab Libas An-nisak, Juzuk 4)

Terima kasih. Mudahan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak Dato'.

Gabungan NGO-NGO Wanita Islam:
1. Association of Muslima for Nurture & Advocacy (AMNA)
2. International Muslim Women Union (IMWU - Malaysia Chapter)
3. BAKEWANIS
4. PERSATUAN IBU TUNGGAL BERDAYA HULU LANGAT
5. iPRO
6. Persatuan Generasi Prihatin
7. YAYASAN FAQEH
8. WANITA ISMA
9. Pertubuhan Muallaf Global
10. Pertubuhan Guru Kafa Sabak Bernam
11. Sahabat Muslimah Saidatina Aisyah
12. Momogun Muslim seMalaysia
13. Icare Puncak Alam
14. Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA), GAMIS
15. Pertubuhan Darulkhair Malaysia
16. Pertubuhan Nur Fitrah
17. Alifbata Srikandi Masyhur
18. Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS)
19. Dewan Wanita Majlis Dakwah Negara.
20. Murshidah ( pertubuhan asatizat)

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo