NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCA: Wee umum tanding jawatan Presiden



Wakil tunggal MCA di Dewan Rakyat, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan secara rasmi untuk bertanding jawatan presiden parti itu.

Menurut laporan China Press, Wee berkata dia mempunyai tanggungjawab sebagai satu-satunya anggota parlimen MCA untuk menerajui pembaharuan partinya memandangkan MCA berada di tahap paling teruk ketika ini.

Ditanya jika dia mempunyai gandingan, Wee dipetik berkata MCA tidak mampu menangani perpecahan dalam parti yang lebih lanjut.

Justeru, Wee berharap pemimpin yang paling berkemampuan akan diangkat untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Wee kini menyandang jawatan timbalan presiden. Dia dilapor membuat pengumuman itu di Johor Bahru yang juga merupakan kawasannya sebagai ketua bahagian MCA.

Jumlah perwakilan MCA di Dewan rakyat menurun sejak pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada 2008 yang menyaksikan jumlah anggota parlimennya berkurangan dari 31 ke 15, dan seterusnya hanya tujuh pada PRU ke-13 pada 2013.


Pada PRU ke-14, MCA meletakkan 39 calon untuk bertanding bagi kerusi parlimen, namun hanya Wee yang berjaya mempertahankan kerusinya di Ayer Hitam.

MCA kini memegang dua kerusi dewan undangan negeri.

Susulan keputusan PRU lalu, penyandang jawatan presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata dia tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai bertanggungjawab atas kekalahan partinya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo