NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Kelantan Terima Memorandum Daripada Wakil Penghulu Kampung Orang Asli


Segala permohonan yang dikemukakan melalui memorandum tersebut adalah dalam perhatian dan pertimbangan pihak Kerajaan Negeri. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap tuntutan komuniti orang asli dan sentiasa menyalurkan pelbagai kemudahan demi kesejahteraan mereka.

Pagi tadi saya telah menerima satu memorandum daripada 10 orang penghulu JKKOA yang mengusulkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agar :

i) Kerajaan Negeri bertindak mengosongkan semua jalan-jalan yang telah disekat oleh kumpulan orang asli dalam pertubuhan jaringan;



ii) Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan yang tegas kepada beberapa pihak yang disenaraikan dalam memorandum yang didapati menghasut orang asli agar bertindak menyerang pengusaha ladang; dan

iii) Memohon ehsan Kerajaan Negeri agar dapat memberi tanah kepada komuniti orang asli untuk kegunaan agro tani dan memohon sumbangan kewangan daripada dana Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat.

Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri akan mengumpulkan segala maklumat yang telah diberikan untuk tindakan yang sewajarnya kepada para penghasut berkenaan. Segala permohonan yang dikemukakan melalui memorandum tersebut adalah dalam perhatian dan pertimbangan pihak Kerajaan Negeri. Pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat terhadap tuntutan komuniti orang asli dan sentiasa menyalurkan pelbagai kemudahan demi kesejahteraan mereka.

YAB USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato' Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
4 Zulhijjah 1439H/16 Ogos 2018M

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo