NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Konvokesyen ke-5 KUIZM rai 51 graduan



GOMBAK, 18 OGOS 2018 – Seramai 74 graduan menerima diploma dan sijil dalam bidang masing-masing di Majlis Konvokesyen ke-5 Kolej Univeristi Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) yang diadakan pada hari Sabtu bersamaan 18 Ogos 2018 bertempat di Dewan Dato’ Haji Fadhil Mohd Noor.


Majlis Konvokesyen kali ini mencatatkan peningkatan graduan berbanding tahun-tahun yang lalu dengan kenaikan sebanyak 51 peratus. Ia merangkumi pecahan mengikut jurusan iaitu 23 orang graduan penerima Diploma Dakwah dan Komunikasi, 11 orang graduan penerima Diploma Muamalat dan Kewangan Islam serta 40 orang graduan penerima sijil Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam. Diploma Dakwah dan Komunikasi mencatat peningkatan sebanyak 21 peratus, manakala Diploma Muamalat dan Kewangan Islam mencatan peningkatan sebanyak 18 peratus dan Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam pula mencatat peningkatan sebanyak 57 peratus. Jumlah graduan diploma dan sijil yang telah berjaya dihasilkan oleh KUIZM sejak penubuhannya pada 2010 ialah seramai 167 graduan.

Sebahagian daripada graduan Diploma Dakwah dan Muamalat serta Diploma Muamalat dan Kewangan Islam sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Negeri Raden Fatah Palembang, Indonesia dan Sekolah Tinggi Ekonomi Tazkia, Bogor Indonesia. 

Tema Majlis  Konvekesyen KUIZM ke-5 adalah “Generasi Murabbi Pemacu Ummah”. Tema ini diambil bersempena moto penubuhan KUIZM yang bercita-cita ingin melahirkan ribuan tokoh dan figura hebat di persada nasional dan antarabangsa.


Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen ke-5 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Bin Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia. Turut hadir sama ke Majlis Konvokesyen ini ialah Profesor Dr Anuar Bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.

Bersempena dengan majlis ini, YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi bin Awang telah diberi Anugerah Tokoh Alim Haraki sebagai menghargai jasanya dalam bidang pendidikan Islam dan ketokohan beliau sehingga menjadi rujukan gerakan Islam seluruh dunia kerana kelimuan beliau yang tinggi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo