NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mahadzir Lokman meninggal



Personaliti terkemuka tanah air, Mahadzir Lokman dilaporkan meninggal dunia di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Adik Allahyarham, Ida Lokman memaklumkan, keluarganya sangat terkejut menerima berita itu.

"Saya kini sedang bergegas ke Kota Kinabalu untuk menguruskan jenazah," katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Tahun lalu, Allahyarham pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya berikutan penyakit darah tinggi dan diabetes.
Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan TV3.

Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan dirinya sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.
Mahadzir dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/08/03/mahadzir-lokman-meninggal/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo