NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lajnah Ekonomi PAS Pusat Meterai Perjanjian Sewa Pasaraya Wakaf



LAJNAH EKONOMI PAS PUSAT METERAI PERJANJIAN SEWA PASARAYA WAKAF

KUALA TERENGGANU: Lajnah Ekonomi PAS Pusat (LEPU) hari ini telah memeterai perjanjian sewaan Bangunan Pasaraya Wakaf PAS Pusat dengan Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd di Bukit Kecil, disini hari ini.

Pasaraya Wakaf PAS Pusat ini bernilai RM12 juta ringgit akan dibina di Mukim Kuala Dungun, Terengganu ini dijangka siap pada pentengahan tahun 2019 nanti. Pasaraya ini bakal menjana pendapatan kepada PAS Pusat sebanyak RM 60 ribu sebulan, selain membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, ia juga merupakan satu tuntutan fardhu kifayah, dengan wujudnya pasaraya yang akan memasarkan produk berkonsepkan halal lagi baik (Halalan Toyyiba).

Majlis memeterai Perjanjian Sewaan ini diwakili oleh Tuan Haji Mazli Noor, Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan PAS Pusat dan Tuan Haji Che Salmi Ibrahim, pemilik rangkaian Pasaraya Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd.

Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat peruncitan anak melayu tempatan yang berpengalaman lebih 23 tahun dan telah mempunyai 3 buah rangkaian pasaraya besar di negeri Terengganu.

Mazli berkata “Kita masih dan akan terus membuka peluang kepada mana-mana individu dan korporat untuk berwakaf bagi menjayakan projek Pasaraya Wakaf PAS Pusat ini. Setakat ini, kutipan wakaf terkumpul dan sumbangan korporat hampir RM 1 juta dan kita masih lagi memerlukan sumbangan sebanyak RM1.2 juta untuk fasa pertama.”

Sumbangan wakaf sebanyak RM30 untuk satu lot boleh dibuat terus menerusi akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Dana Sanabil, No akaun 5640.2540.4697 atau melalui atas talian di www.wakafummah.com.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo