NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khidmat 30,000 guru 
takmir, KAFA ditamatkan?


KOTA BHARU 9 Ogos – Jabatan Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk menamatkan khidmat mana-mana guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara sekiranya tidak menepati kualiti yang dikehendaki.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, buat masa ini, pihaknya sedang membuat penilaian terhadap kualiti per­khidmatan kira-kira 30,000 guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara.
Kita kena tahu tahap kua­liti dan kedudukan pendidikan KAFA di negara ini bagi membolehkan pengubahsuaian di­buat, seiring dengan keadaan sekarang.

"Sebab itu penilaian terhadap semua guru dilakukan dan usaha ini bukan mudah kerana ada le­bih 30,000 guru takmir dan KAFA di seluruh negara," kata­nya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri dialog bersama rak­yat di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas me­ngenai kedudukan guru takmir dan KAFA di seluruh negara ekoran perubahan tampuk kuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Sebaik sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menamatkan perkhidmatan penggerak masyarakat termasuk 3,075 orang di negeri ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo