NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Ustaz Adib: Teruskan berdoa.



šŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗšŸŒŗ
8 Ogos 2018(Khamis):
Alhamdulillah..
Segala pujian semuanya hanya milik ALLAH SWT jua..

Kes perbicaraan Ustaz Muhammad Adib Bin Abd. Halim telah berlangsung hari ini dan akan bersambung esok,jam 10 pagi(9Ogos 2018) di Mahkamah Majistret Kajang ,Selangor Darul Ehsan.

Beliau yang baru melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan April lalu , kali ini ditemani oleh isteri beliau ,Puan Maslina Binti Muhammad .

Manakala ibunya Puan Noraini Binti Samli dan ayah beliau,Encik Abd Halim Bin Yahaya tetap setia mengikuti perbicaraan kes ini dan memberi sokongan moral kepada anaknya.



Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim diwakili oleh peguambela Tetuan Khairul Amin Bin Abdullah pada hari ini.

Walaupun kes perbicaraan Ustaz Muhammad Adib berlangsung masuk kali ke 15 ,namun beliau tetap tersenyum ceria dan tenang serta redha atas ujian yang menimpa..

Kami dari NGO Pendidik mendoakan agar beliau terus tabah menempuh dugaan mendatang .

Semoga segala usaha dan kegigihan beliau dalam mendidik anak bangsa akan menjadi contoh kepada warga pendidik yang lain agar terus berdedikasi menjalankan tugasnya demi memastikan pelajarnya menunaikan solat serta patuh pada ajaran agama.

Semoga profesionalisme perguruan dan kebajikan warga pendidik dapat terus dimartabatkan dalam persada pendidikan negara.

Teruskan berdoa
Pray For Ustaz Adib

Salam hormat:
Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
8 Ogos 2018/26 Zulkaedah 1439H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo