NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerjasama PAS, UMNO semakin diterima ahli


ALOR SETAR 25 Ogos - Kerjasama yang terjalin antara Pas dan UMNO merupakan sebahagian daripada model Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) yang semakin diterima ahli parti tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ahli PAS semakin menerima konsep tersebut meskipun mengakui agak sukar untuk menyuntik fahaman baharu mengenai budaya politik matang tersebut apabila selama ini ahli Pas didedahkan dengan politik saling salah-menyalahkan antara satu sama lain.

Menurutnya, model tersebut tersebut juga menunjukkan Pas sebagai sebuah parti yang bersedia untuk berganding bahu dengan mana-mana pihak dalam perkara yang menjurus ke arah kebaikan.

“Kerjasama dengan UMNO adalah sebahagian daripada konsep BPMS apabila kita boleh lihat PAS dalam sidang Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) kita saling bercakap dengan mencadangkan penyelesaian sebarang permasalahan.

“Prinsip yang dipegang Pas amat mudah iaitu kita boleh mengamalkan tolong-menolong untuk perkara kebaikan dengan mana-mana pihak dan tidak akan bersetuju dengan perkara keburukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen PAS Kedah di sini hari ini yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi. – UTUSAN ONLINE




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo