NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kereta nasional bukan agenda utama sekarang'


KUALA LUMPUR: Projek kereta nasional ketiga memerlukan kajian teliti sebelum dilaksanakan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata banyak perkara perlu diteliti sebelum kerajaan membuat keputusan meneruskan projek itu.

"Kerajaan perlu mengkaji sama ada projek kereta nasional ketiga berdaya saing dan berbaloi, adakah ia baik kepada negara atau menyebabkan kita terjerumus dalam masalah.

"Projek ini tidak sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan ketika ini," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk melancarkan projek kereta nasional ketiga menjelang 2020.

Beliau berkata, projek itu dikhuatiri bakal mendatangkan impak kewangan yang besar kepada negara menerusi pelaburan bakal dibuat daripada dana awam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini membayangkan kesediaan kerajaan melaksanakan projek kereta nasional ketiga dalam lawatannya ke Jepun pada Jun lalu, selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, dilaporkan berkata, kerajaan yakin projek itu akan kembali mencergaskan industri automotif negara.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo