NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keputusan bagi kes Ustaz Adib pada 7 September 2018

Ustaz Adib diiringi isteri tersayang yang setia menemani sepanjang kes perbicaraan berlangsung.

9 Ogos 2018(Khamis):Syukur Ya Rabb.Alhamdulillah. Setinggi-tinggi pujian semuanya hanya dirafakkan ke hadrat ALLAH SWT yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Kes perbicaraan bagi Ustaz Muhammad Adib Bin Abd. Halim telah bersambung semula hari ini di Mahkamah Majistret Kajang ,Selangor Darul Ehsan.

Beliau masih setia ditemani keluarga tersayang serta beberapa insan prihatin dan NGO Pendidik yang mengikuti perjalanan kes ini sejak awal lagi.
Seusai perbicaraan ..Masih mampu mengukir senyuman ceria walau apa jua dugaan mendatang...Pasrah dan redha atas apa jua ketentuanNYA...

Kami hadir memberi sokongan moral dan bersolidariti tanda keprihatinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan warga pendidik.

Ustaz Muhammad Adib Bin Abd.Halim diwakili oleh peguambela yang cukup komited dan berdedikasi tinggi iaitu Encik Khairul Amin Bin Abdullah pada hari ini.

Walaupun kes perbicaraan Ustaz Muhammad Adib berlangsung masuk kali ke 16 ,namun beliau tetap tersenyum ceria dan tenang serta redha atas ujian yang menimpa..

Keputusan perbicaraan adalah pada 7 September 2018(Jumaat) di Mahkamah Majistret Kajang jam 3 petang.

Kami dari Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mendoakan agar beliau terus tabah menempuh dugaan mendatang walau apa pun keputusan yang diterima.

Besar harapan kami ingin melihat agar keputusan ke perbicaraan ini berpihak kepada Ustaz Adib ..

Semogq masyarakat mengambil iktibar tentang betapa perlunya komunikasi yang baik dan interaksi yang positif antara ibu bapa dan pihak sekolah bila berdepan dengan masalah pelajar tidak mahu menunaikan solat dan engkar arahan guru .

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan tanda keprihatinan,bolehlah salurkan ke nombor akaun yang tertera .


Mahkamah bukanlah saluran terbaik untuk digunakan bila ibu bapa tidak berpuashati terhadap tindakan guru.Cubalah selesaikan di luar mahkamah melalui perundingan antara kedua-dua pihak terutamanya ibu bapa.

Semoga warga pendidik terus berdedikasi dalam menjalankan tugas dan terus sabar dan tabah mendidik anak bangsa tanpa jemu dan putus asa..

Yakinilah bahawa apa jua dugaan yang datang pasti akan menguji sejauh mana keikhlasan dan kesabaran diri seseorang yang bergelar guru dalam mendidik anak bangsa sepanjang meniti profesion perguruan di Malaysia .

Semoga setiap langkah seorang guru yang berdedikasi tinggi akan sentiasa dipayungi lembayung rahmat dan kasih sayang serta dipandu taufiq hidayah dari yang maha Esa.

"Guru ..
Baktimu bak segunung intan ..
Budimu seluas lautan terbentang..
Semoga ALLAH SWT terus merestui segala usaha murnimu...
Terima kasih cikgu..."

Teruskan berdoa.
MenantiDetik7September
Pray For Ustaz Adib


Salam hormat:
Normala Binti Sudirman
Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan(Pendidik).
9 Ogos 2018/27 Zulkaedah 1439H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo