NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji dan Teliti Semula Perlantikan Anggota MPPK


Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia ( MAPPIM ) bersama gabungan 300 Ngo Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah meneliti perlantikan angota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018 - 2020 sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Pendidikan (550) 1996, yang dilantik oleh Menteri Pendidikan yang disiarkan secara rasmi oleh KPM pada 16 Ogos 2018.

Pada pengamatan kami terdapat beberapa anggota yang perlu dinilai semula berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman, kefahaman, penglibatan, sumbangan serta komitmen yang telah diberikan kepada pembangunan pendidikan negara.

Kami menyokong penuh perlantikan Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid bin Wan Noordin sebagai pengerusi kepada MPPK ini berdasarkan kepada kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan negara.

Namun terdapat beberapa anggota yang dipilih tidak berdasarkan kepada kriteria yang disebutkan diatas malah telah pun dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

Majlis Penasihat Pendidikan ini sangat penting dilantik berdasarkan kepada kriteria diatas bagi memastikan halatuju dasar pendidikan negara serta falsafah pendidikan kebangsaan dapat dilaksana serta dicapai bagi membangunkan negara pada masa hadapan berdasarkan kerangka negara bangsa Malaysia.

Mappim dan Ummah mencadangkan agar perlantikkan angota MPPK ini disertai juga oleh golongan agama seperti Mufti atau individu yang pakar dalam bidang pendidikan Islam bagi memperkasa pendidikan Islam dalam sistem pendidikan negara.

Dicadangkan juga dilantik wakil daripada badan Ngo yang mewakili instituisi pendidikan rakyat bagi mengubal dasar dan polisi yang membantu memperkasakan pendidikan tersebut.

Mappim dan Ummah akan menghantar nota bantahan rasmi kepada Menteri Pendidikan agar perlantikan anggota MPPK ini ditangguhkan dahulu serta dibuat penelitian semula bagi memastikan tugas dan tanggujawab badan ini dapat memberi nasihat yang bertanggujawab kepada pihak Menteri Pendidikan.


Mohd Zai Mustafa
Ketua Eksekutif MAPPIM
Ahli Jawatankuasa UMMAH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo