NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jemaah haji berkumpul di Arafah untuk wukuf




MAKKAH, 8 Zulhijjah 1439H, Isnin – Kira-kira dua juta jemaah haji mula membanjiri dataran di Bukit Arafah untuk melakukan ibadah paling penting dalam haji pada hari ini.

Para jemaah diwajibkan berkumpul di Bukit Arafah sehingga terbenam matahari pada hari ke-9 Zulhijjah.

Mereka akan menumpukan perhatian kepada ibadah sembahyang dan yang lain di samping memohon rahmat dan keampunan kepada Allah yang maha Agung serta melaungkan "Labbayk Allahumma Labbayk ".(Aku datang memenuhi panggilan Mu ya Allah).

Para jemaah kemudian akan menuju ke Muzdalifa untuk bermalam, seperti yang dituntut bagi setiap jemaah, dan selepas itu melakukan lontaran batu di ketiga-tiga Jamarah.

Menurut Pihak Berkuasa bagi Statistik bahawa pada Ahad, jumlah jemaah mencecah 1,966,461 dan jumlah akhir akan diumumkan pada Isnin malam, hari Arafah. – Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo