NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jambatan runtuh Itali: Angka korban meningkat 39 orang, 12 masih hilang




Rabu – Sekurang-kurangnya 39 orang terkorban setakat ini dalam insiden paling tragis apabila Jambatan Morandi di lebuh raya di tengah bandar Genoa, Itali, runtuh, semalam.

Selain itu, pihak berkuasa mengesahkan, 12 mangsa masih hilang, 15 cedera parah, dan dilaporkan 35 kereta dan tiga kenderaan berat berada di atas jambatan ketika berlaku runtuhan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila struktur jambatan runtuh dari ketinggian 80 meter.

Lebih 300 anggota bomba yang bertugas menggunakan anjing pengesan untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap, termasuk menggunakan pelbagai jentera untuk mencari mangsa di bawah runtuhan konkrit.

Menteri Dalam Negeri, Matteo Salvini berjanji untuk mengheret mana-mana pihak yang bertanggungjawab di atas kejadian berkenaan.

Katanya, beliau dimaklumkan pengurus soktor swasta jambatan tersebut telah memperoleh berbilion daripada hasil kutipan tol, namun tidak menggunakannya untuk perbelanjaan penyelenggaraan.

Beliau merujuk kepada pemegang konsesi jambatan itu, Autostrade, iaitu syarikat pembinaan jalan raya Itali dari unit kumpulan Atlantia.

Jambatan Morandi itu dibina pada tahun 1960-an, ia merupakan laluan penting bagi penduduk tempatan
kerana menghubungkan Riviera dengan Perancis.

Panjang keseluruhan jambatan itu adalah 1,100 meter dan dikatakan menjadi jambatan kabel pertama yang dibina di Eropah. – Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/08/15/jambatan-runtuh-itali-angka-korban-meningkat-39-orang-12-masih-hilang/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo