NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Judi: beberapa ketua polis daerah diarah bertukar - KPN


KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) — Beberapa Ketua Polis Daerah diarah bertukar berikutan kegagalan menangani isu perjudian di kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara berkenaan, Mohamad Fuzi berkata arahan secara spesifik telah diberikan kepada pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah.

“Kalau saya buat serbuan dan mendapati (masih) ada pusat perjudian di daerah berkenaan tindakan serta merta akan diambil.

“Sekarang ini, operasi banteras perjudian masih berterusan dan kami tidak akan bertolak ansur, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya selepas merasmikan pembukaan majlis Kursus Komunikasi Professional, di Maktab PDRM di Cheras, di sini, hari ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo