NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

iPad baru peka



iPad baru pada 2018 adalah tablet termurah dalam barisan produk Apple dan bagi penguji, ia kelihatan seperti iPad lain sejak lima tahun yang lalu.

Mungkin ada yang mengatakan ia membosankan namun sebaliknya apabila cip pemprosesan A10 Fusion yang berkuasa dengan kos hanya bermula RM1,366 bagi model WiFi+32GB selain menyokong Apple Pencil yang dijual berasingan juga ciri hebat pada peranti ini.

Boleh dikatakan, ia iPad Pro versi mini. Sasaran Apple untuk tablet ini adalah masa depan perkomputeran dalam bilik darjah dan sudah pasti ada kebenaran untuk objektif terbabit.

Pemprosesan yang dinaik taraf ini bermakna anda akan melihat penambahbaikan ketara ke atas mana-mana iPad yang lebih lama seperti iPad Air 2.

iPad baru nipis, ringan dan mempunyai skrin 9.7 inci yang terperinci dan kenipisannya sesuai untuk menonton video di atas katil atau di mana saja.

Hayat bateri seperti yang digunakan penguji secara aktif menonton video dan kerja harian menawarkan antara 10 dan 11 jam masa skrin.

Tapi kalau anda tambah bermain permainan mungkin akan mengurangkan sedikit lagi bateri sementara tugas intensiti rendah seperti menyemak web dan menghantar e-mel mungkin akan menambah lagi jangka hayat bateri.

Sebagai tablet kasual, iPad baru adalah yang terbaik yang boleh anda dapatkan sesuai dengan harga.

Boleh dikatakan, ia bertindak sebagai pengganti laptop, perkara tidak begitu mudah yang iPad masih cuba yakinkan pengguna.

Skrin IPS 9.7 inci tidak sepadan dengan yang ada pada iPad Pro tetapi ia masih bagus untuk paparan terperinci bagi kerja foto dan suntingan video. Ia tidak mewah dengan warna seperti Samsung Galaxy Tab 3 yang menggunakan OLED tetapi warna adalah tepat dan gelap yang baik untuk skrin LCD.

Pembesar suara stereo baik untuk menonton video.

Pemindahan dan pengisian data dikendalikan melalui port Lightning, dan port fon telinga 3.5mm kekal.

Skrin juga menyokong Apple Penil yang sensitive pada tekanan memberikan ketepatan yang luar biasa ketika melukis.

Anda juga boleh membuat lakaran, mengambil nota, menandatangani dokumen atau foto selain menggunakannya seperti yang anda lakukan pada tetikus.

Apple Pencil pantas, terperinci dan alat yang sangat berguna anda masih tidak dapati pada banyak laptop.

iOS 11 pada peranti ini memperkenalkan antaramuka baru untuk iPad dengan dok yang berterusan untuk aplikasi yang paling digunakan serta penukar aplikasi yang tepat dan Pusat Kawalan yang diubah suai.

Ia juga meningkatkan kefungsian Pensil jadi kini anda boleh menulis dan melukis dalam Mail dan Notes.

IPAD 9.7 INCI

• PENGELUAR: Apple

• LAMAN WEB: www.apple.com/my

• CIRI: Tablet dengan sokongan Apple Pencil

• PRO: Bateri tahan lama, operasi laju

• KONTRA: Kamera 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo