IKEA Malaysia Lancar Beli-Belah Dalam Talian


BENTONG – IKEA Malaysia yang secara rasminya melancarkan khidmat beli-belah secara dalam talian hari ini, menyifatkan usaha itu melengkapi kewujudan premis fizikal sedia ada serta tidak menolak kemungkinan mengembangkan jumlah gedung sedia adanya.

Timbalan Pengarah Runcit IKEA bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata jumlah dagangan dan kunjungan pelanggan itu merupakan dua faktor penting bagi pembuat perabot Sweden itu.

Justeru, IKEA percaya langkah menceburi segmen e-dagang itu seiring dengan strategi pengembangan syarikat berkenaan.

Namun, pada masa sama, rangkaian gedung fizikalnya kekal menjadi aspek penting dalam pelan pengembangan di masa depan.

“Kami masih meneruskan usaha pengembangan premis fizikal. Pada masa sama, kami turut meninjau pelbagai format berbeza (pengembangan) agar seiring dengan perubahan corak dan aliran belian pelanggan,” katanya kepada media selepas melancarkan kemudahan beli-belah dalam talian IKEA Malaysia pada satu majlis di Janda Baik dekat sini, hari ini.

Kemudahan belian dalam talian itu menyediakan akses kepada lebih 9,000 produk kelengkapan rumah syarikat itu dengan ciri-ciri kategori berdasarkan produk dan ruang atau bilik kediaman.

Mengulas selanjutnya format baharu itu, Jansen berkata IKEA turut membangunkan aplikasi pengemudian bagi menambah baik pengalaman pelanggan di premis atau gedung fizikal serta menimbang untuk mewujudkan kemudahan lokasi bagi tujuan pengambilan produk.

Beliau turut merujuk senario di Thailand yang mana gedung IKEA terletak di Bangkok tetapi turut menyediakan lokasi pengambilan produk di Phuket.

“Mustahil bagi IKEA untuk membuka sebuah gedung lengkap di Phuket. Gedung kami cuma di Bangkok tetapi produk kami masih boleh dihantar sehingga ke Phuket,” katanya.

IKEA yang mempunyai dua gedung lengkap di Lembah Klang dan sebuah di Johor Bahru, dijadual membuka gedung serupa di Batu Kawan, Pulau Pinang, tahun depan.

Syarikat itu sebelum ini turut mengetengahkan kemungkinan membuka gedung ketiga di Lembah Klang walaupun tidak memberikan sebarang jangka masa membabitkannya. – BERNAMA
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget