NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ibrahim Ajak Ku Li Sertai Putra



Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membuka pintu kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai parti itu.

Presiden penajanya, Datuk Ibrahim Ali, berkata parti PUTRA yang diasaskannya adalah sesuai dengan selera pemimpin veteran UMNO itu.

"Siapa yang tak suka politik wang, mari sertai kami. Kalau Tengku Razaleigh tak nak politik wang boleh sertai PUTRA.

"Dulu masa Ku Li bertanding Presiden UMNO (beliau) kalah sebab dia mahu bersihkan UMNO daripada politik wang. Sekarang dia boleh sertai PUTRA," katanya.

Ibrahim berkata demikian pada sidang media penubuhan parti baharu iti di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada Jumaat.

Ditanya mengenai keahlian parti itu, Ibrahim berkata PUTRA tidak mengutamakan soal bilangan ahli, sebaliknya lebih mengutamakan kualiti ahlinya.

Beliau berkata, UMNO mempunyai lebih tiga juta ahli dan ia sesuatu yang membanggakan.

Namun, jumlah undi yang diterima UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu jauh lebih rendah berbanding ahlinya.

"Ramai dalam kalangan ahli UMNO bertemu dengan saya menimbulkan rasa gelisah dan bertanya, tidak adakah sebuah parti baharu yang kami boleh memberi perhatian dan sertainya," katanya.

Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo