Husam, LGBT, UEC dan Khazanah..ke Mana Malaysia nak di bawa?



oleh :  WAN NORDIN WAN YAACOB (foto)

DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW dan seluruh kaum keluarganya serta para sahabat.

Alhamdulillah, edisi kali ini kita bertemu lagi, dengan kehangatan politik masih tidak kunjung redanya sejak sebelum dan selepas pilihan raya sekali pun. Apatah lagi ketika ini Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis menjadi topik hangat di seluruh alam maya mahupun di kedai kedai kopi.

Paling menjadi tumpuan bilamana PAS yang tidak bertanding jadi sasaran kepada PH untuk terus menjadi mangsa fitnah parti pemerintah itu. Entah apa yang ditakutkan dengan PAS hingga tiap hari cybertrooper PH memfitnah PAS. Mungkin mereka merasakan bahawa walau PAS tidak tanding, tetapi aura PAS boleh mempengaruhi pengundi.

Dalam pada itu kita disajikan dengan isu bantahan UEC, kes kaitan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dengan kumpulan LTTE walau kononnya ia selesai di meja rundingan bersama Dato Dr Mujahid Yusof dan Dato' Dr  Mohd Asri Zainul Abidin, apa pula kisahnya dengan puluhan laporan polis ke atas Ramasamy? Takkan pertemuan dengan menteri, maka laporan polis dibakulsampahkan? Apa beza PH dengan BN dalam hal ini?

Terkini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dilantik selaku Pengerusi GLC, Khazanah Nasional walaupun dalam manifesto PH sebelum ini jelas menyatakan tiada orang politik akan dilantik ke GLC, apakah mungkin Tun Mahathir bukan politikus?.

Demikian pula cadangan Husam Musa agar diwujudkan jawatankuasa khas bawah PH untuk menguruskan dana royalti minyak yang akan disalurkan kepada Kelantan seperti dijanjikan kerajaan PH, walaupun Husam lah sebelum ini antara yang paling lantang mengkritik BN bahawa Jabatan Pembangunan Pesekutuan (JPP) umpama kerajaan dalam kerajaan apabila diberi amanah oleh kerajaan pusat sebelum ini mengendali dana pembangunan dan wang ihsan hasil royalti minyak..

Nah Husam pun mengulang apa yang dilakukan BN. Konklusinya apa yang berlaku hari ini dengan dalih mendalih dalam pelaksanaan manifesto dan kemudiannya beberapa keputusan tidak menyebelahi rakyat, malah hanya menyebelahi kepentingan parti dominan dalam PH iaitu DAP maka apalah beza PH dan BN sebenarnya?

Benar telahan PAS sebelum PRU14 bahawa jika rakyat memilih PH maka sama seperti rakyat memilih BN, malah kini ia lebih teruk dan amat parah sekali.

 Malah bertambah parah dengan golongan yang menyokong LGBT dan liberal semakin bebas bersuara di negara ini, dalam masa yang sama sistem beraja diperlekehkan dan pelbagai lagi. 

Perkara ini secara tidak langsung boleh menggugat keharmonian negara dan agama jika tidak diselesaikan. 
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget