NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hi-Tea Dana Pendidikan KUIZM



7 Ogos, Gombak : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) akan mengadakan majlis Hi Tea untuk mengumpul dana bagi meneruskan dan melangsungkan agenda perjuangan Islam khususnya dalam melahirkan  generasi pewaris Nabi S.A.W.

Program tersebut akan diadakan pada hari Sabtu, 18 Ogos 2018 bertempat di Dewan Dato’ Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor, KUIZM, Taman Melewar bermula jam 3 petang sehingga jam 5 petang.

Tetamu istimewa yang dijemput khas bagi menyempurnakan majlis ini ialah  Ustaz Dato’ Dr. Hj. Mahfodz bin Mohamed iaitu Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIZM. 

Program ini yang julung-julung kalinya diadakan di KUIZM turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Kumpulan Shoutul Amal dan juga majlis menandatangani MoU pendidikan antara KUIZM dengan beberapa buah sekolah agama tahfiz di seluruh Malaysia.

Kupon infaq bernilai RM50 seorang boleh didapati di kaunter pejabat pentadbiran KUIZM atau berhubung dengan Ustaz Umar Sufee di talian 013-318 768 atau talian hotline KUIZM : 010-356 5616.

Semua pemimpin dan masyarakat awam dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada institusi pendidikan tinggi Islam PAS ini. Semoga setiap sumbangan untuk perjuangan Islam dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo