Hanoi... keunikan tak ada di tempat lain!

Keindahan Halong Bay yang mempesonakan. Jangan melepaskan peluang ke sini jika mengunjungi Hanoi.


SELAIN Ho Chi Minh, ramai juga rakyat Malaysia yang memilih untuk bercuti ke Kota Hanoi.
Bukan untuk membeli-belah, tetapi untuk melihat keunikan warisan budaya serta keindahan alam semula jadi kota yang menjadi pusat pentadbiran negara Vietnam ini.

Pemandangan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai menyaksikan bandar ini tampak agak berselerak dengan pemandangan sawah padi dan kediaman sempit dibina bertingkat-tingkat.

Berbanding dengan Ho Chi Minh, di sini memang sukar untuk anda bertemu dengan rakyat tempatan yang boleh berbahasa Melayu. Malah, tidak ramai juga yang boleh berbahasa Inggeris. Jadi, bayangkan sendiri situasi di mana anda perlu berkomunikasi dengan mereka. Perlu bersabar dan cuba untuk fahami mereka dengan betul.

Jambatan Merah yang menjadi salah satu sudut bergambar dalam kalangan pengunjung Tasik Hoan Kiem.
Bagaimanapun, masalah komunikasi ini tidaklah berlaku jika anda menginap di hotel yang yang popular atau dikenali ramai.

Begitu juga dengan restoran-restoran yang menyediakan makanan halal, jika tidak semua pelayan restoran tidak boleh berbahasa Inggeris, pasti ada seorang dua yang memahaminya.

Jadi, apa yang boleh diharapkan dari destinasi yang punya sejarah perang yang cukup panjang ini? Jika ke Hanoi, jangan lupa empat perkara ini!

Tasik Hoan Kiem

Tasik Hoan Kiem adalah titik tumpuan Kota Hanoi. Ia adalah tempat popular dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya di hujung minggu. Hotel-hotel yang menghadap tasik ini kebiasaannya menjadi pilihan utama pelancong.

Turtle Tower yang menjadi ikon kepada Tasik Hoan Kiem.
Jadi dengan kata lain, jika sudah menjejak kaki di Kota Hanoi, jangan sesekali cicirkan lokasi menarik ini.

Turtle Tower

Turtle Tower atau Menara Kura-kura di tengah-tengah tasik adalah latar belakang  yang mesti ada di dalam kebanyakan foto perkahwinan Vietnam.  Jadi, ambil peluang bergambar kenangan di sini.

Pintu Masuk menuju ke Jambatan Merah dan Kuil Ngoc Son.

Satu lagi sudut fotografi yang popular di tasik ini ialah jambatan merah (The Huc Bridge) di Kuil Ngoc Son. Jambatan ini tidak pernah sunyi daripada kehadiran pelancong.

Jika ingin menikmati secawan kopi sambil menikmati keindahan tasik, terdapat beberapa kafe di tepi tasik yang boleh dijadikan pilihan. Harga secawan kopi Vietnam di sini di antara VND30,000 (RM5.20) ke VND70,000 (RM12.20).

Halong Bay
Jika punya masa, luangkan sehari dua ke Halong Bay untuk melihat sendiri keindahan lokasi yang dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994 ini. Terletak 180 kilometer di utara Hanoi, perjalanan ke Halong Bay mengambil masa kira-kira empat jam untuk sampai.

Biarpun memenatkan, ia berbaloi kerana ia menawarkan landskap alam memukau. Kehadiran kapal-kapal layar kayu seakan-akan membawa pengunjung kembali ke era dahulu.

Suatu ketika dahulu, perairan inilah yang menjadi medan kepada pertembungan tentera Vietnam dan kuasa asing termasuk China dan Amerika Syarikat.

Dalam sehari terdapat ratusan kapal-kapal komersial yang membawa pelancong mengelilingi Halong Bay.
Difahamkan, ketika perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat memasang banyak periuk api bagi meletupkan kapal yang bersembunyi di celah-celah ratusan pulau dan gua di perairan teluk berkenaan.

Terdapat 1,969 pulau batu kapur yang bertaburan di Halong Bay di mana kebanyakannya belum dicemari oleh pembangunan. Paling terkenal ialah Gua Hang Dou atau Grotte des Merveilles yang diterokai oleh warga Perancis pada abad ke-19.

Jika memilih lawatan sehari, anda sebenarnya tidak berpeluang melihat Halong Bay dengan lebih dekat atau meluas. Sebaliknya hanya akan dibawa belayar beberapa killometer sahaja dari pantai.

Gua batu kapur
Bagaimanapun, anda akan melawat Gua Hang Dou untuk melihat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit iatu bentuk objek terhasil dari batu kapur seperti obor-obor, gajah, monyet dan naga.

Pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit menakjubkan dalam Gua Hang Dou.
Jika ingin menjelajah kawasan pantai- pantai di pulau Tuan Chau dan Cat Ba, adalah lebih baik memilih pakej 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 Malam dengan bermalam di atas kapal pelayaran.

Tapi kenalah bersedia untuk membayar kira-kira USD150 (RM611.77) berbanding USD90 (RM367).

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget