NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hak milik kekal memang pernah diberi



SAIFULLAH AHMAD
19 OGOS 2018

IPOH - Kerajaan Pakatan Rakyat pada 2008 pernah mengurniakan hak milik kekal 999 tahun kepada penduduk kampung baru di Gerik.

Perkara itu diakui Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ketika itu menjadi Menteri Besar Perak.

Beliau berkata, pemberian hak milik kekal itu sebagai memenuhi janji manifesto Pakatan Rakyat ketika itu untuk penduduk kampung baharu, kampung tersusun dan tanah adat Orang Asli.

"Hanya sempat diberikan hak milik kepada 11 penduduk di Kampung Baru Kuala Rui, Gerik sebelum saya ditendang dari kerajaan. Kerajaan ketika itu bukan sahaja nak bagi kepada penduduk kampung baru tetapi untuk kampung tersusun dan tanah adat Orang Asli.

"Lepas kerajaan baru ambil alih saya tak tahu apa status pemberian tanah kekal itu. Tapi itulah yang kita buat 10 tahun lepas," katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Progam Sepagi Bersama Adun di Dewan Sekolah Agama Rakyat, Kampung Changkat Larang, Lahat, di sini.

Mohammad Nizar berkata, pemberian itu dibuat selepas pihaknya mendapat nasihat daripada beberapa pengamal undang-undang.

Semalam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam kenyataannya memberitahu pihaknya mahu kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan ketika pilihan raya umum ke-14 yang lepas.

Sebelum ini, Menter Besar, Ahmad Faizal Azumu ketika Sidang Dun Perak, baru-baru ini menjelaskan pemberian hak milik kekal kepada kampung-kampung baharu seperti yang terkandung dalam Manifesto Harapan Perak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 91(5).

Bagaimanapun, Exco Kerajaan Negeri, Dr Abdul Aziz Bari menjelaskan Kerajaan Perak sebenarnya berhak mengeluarkan hak milik kekal kepada penduduk kampung baharu kerana ia tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.


http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/perak/hak-milik-kekal-memang-pernah-diberi-1.870471

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo