NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaza diserang lagi





SEMENANJUNG GAZA– Seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala sekurang-kurangnya enam yang lain cedera dalam serangan udara yang disasarkan rejim pengganas Israel di utara Gaza, malam tadi.

Pesawat bersenjata dan tempur F-16 rejim itu menyasarkan serangan di beberapa kawasan berasingan di seluruh Semenanjung Gaza, yang dikepung.

Media Israel mendakwa, serangan udara itu adalah tindak balas kepada serangan roket yang melanda beberapa bahagian tanah Palestin, awal Rabu.

Laporan mendakwa, seorang lelaki Israel cedera ringan ketika dua roket dari Gaza melanda di bandar selatan Sderot.

Pegawai Israel mendakwa, pihak berkuasa berjaya menembak jatuh dua roket berkenaan menggunakan sistem peluru berpandu.

Semalam, serangan udara Israel membunuh dua pejuang Briged Izz al-Din al-Qassam, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza.

Ahmed Abdallah Marjan, 23, dan Abd al-Hafez Mohammed al-Silawi, 23, terbunuh selepas kereta kebal rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah mereka ketika berada di sebuah menara tinjau.- Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/08/09/gaza-diserang-lagi/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo