Festival Kenyir 2018 bermula 30 Ogos ini


KUALA TERENGGANU - Festival Kenyir 2018 akan berlangsung selama empat hari bermula 30 Ogos hingga 2 September di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Pengurus Kanan Korporat, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Zainuddin Md Zaki berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan sempena festival itu antaranya pameran, persembahan pentas, aktiviti sukan air dan pelbagai aktiviti lain.

"Antara kelainan yang kita akan tampilkan sempena festival yang diadakan kali kelapan ini ialah aktiviti sukan air seperti kayuh kayak ke belakang dan tangkap itik.

"Selain itu, kita juga menampilan kelainan dengan mengadakan perkampungan seni budaya bagi memperkenalkan kebudayaan masyarakat Hulu Terengganu," katanya.

Menurut Zainuddin, antara objektif festival itu ialah bagi meningkatkan lagi promosi Tasik Kenyir kepada pelancong domestik dan luar negara.

"Festival ini akan memaparkan perkembangan terbaharu Tasik Kenyir disamping mempromosikan Zon Bebas Tasik Kenyir di mana jualan bebas cukai telah dilancarkan pada 1 Ogos tahun lalu.

"Kita juga ingin mempromosikan tarikan sedia ada di Tasik Kenyir seperti Taman Kenyir Island Hopping selain memperkenalkan ia sebagai destinasi percutian keluarga," katanya.

Ditanya sasaran pengunjung sempena festival kali ini, katanya, pihaknya menjangkakan lebih 80,000 pengunjung hadir berdasarkan sambutan seramai 75,160 pengunjung yang melebihi sasaran diterima pada festival tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, katanya, perasmian festival itu dijangka akan disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun jam 10 pagi, 30 Ogos ini.

"Majlis penutupnya pula akan disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar jam 9 malam, 2 September ini," katanya.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget