NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Farah Adeeba Terkejut Perjuangan Demokrasi, Hak Asasi Dan Kebebasan Di Malaysia Sebenarnya Sudah Lama Mendapat Tajaan Dari Luar


Baru-baru ini kita menerima sebaran Whataspp dari Farah yg terkejut dengan agenda pihak tertentu di US yang inginkan sebuah negara yang mempunyai elemen kebebasan antara agama dan memisahkan agama dari politik / kerajaan. Dalam wawancara dengan tetamu dalam segmen berkenaan, TV al-Hijrah terpaksa merombak soalan, walau bagaimanapun tetamu berkenaan, menurut Farah, masih terus mengalihkan perbincangan kepada aspek demokrasi, kebebasan dan hak asasi. 

Sebenarnya, perancangan US untuk membawa kebebasan dan demokrasi ke seluruh dunia termasuk di Malaysia tidaklah mengejutkan sangat kerana ia telah pun berjalan secara terbuka dan boleh disearch di dalam Google. Mungkin Farah terkejut sebab dia bertemu secara bersemuka dengan orang berkenaan.

Salah satu organisasi yang terpenting di Malaysia ialah National Endowment for Democracy (NED) yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang bernaung di bawah Kongres US, Department of State. Ia mendapat tajaan dari syarikat gergasi dunia seperti Google, Microsoft, Coca Cola dan lain2 bagi membawa misi kebebasan, demokrasi dan hak asasi ke seluruh dunia menggunakan model US yang berteraskan sekularisme, rasionalisme, pluralisme dll. Dengan dana yang begitu besar, mereka membiayai lebih dari 1000 projek setiap tahun di berbagai negara di seluruh dunia kepada mana-mana pihak yang ingin membawa misi dan mencapai objektif mereka. 

Dengan jumlah yang begitu besar, mereka yang menerima tajaan berkenaan bergerak di Malaysia sebagai NGO dan organisasi yang menjalankan penyelidikan, memberikan pendidikan kepada rakyat agar lebih demokrasi, meraikan hak asasi dan kebebasan bersuara; dan juga secara tidak langsung menjadi kumpulan pendesak kepada kerajaan. Apa yang menjadi masalahnya ialah sebahagian dari desakan dan usaha mereka itu bertentangan dengan nilai tradisional melayu dan nilai masyarakat ketimuran, yang peling penting sekali ialah bercanggah dengan syariat Islam. Namun mereka menganggapnya sebagai nilai yang universal. 

1- Islamic Renaissance Front (IRF) - mendapat USD 50-75k setahun sejak 2014 dan ia cuba membawa wacana Islam baru yang berteraskan kepada demokrasi dan kebebasan. Mereka menulis buku seperti Wacana Pemikiran Reformis dan ada juga memanggil tokoh yang dikaitkan dengan pemikiran Liberal seperti Ulil Absar dari Indonesia dan Mustafa Akyol dari Turki untuk memberikan syarahan di Malaysia. Mereka tidak menggalakkan pelaksanaan hukum hudud. Mereka menggalakkan wacana yang mempunyai elemen demokrasi dan kebebasan. 

2- Lawyers of Liberty - mendapat USD40k setahun sejak 2011, merupakan sebuah organisasi yang memperjuangkan hak asasi dan mempertahankannya menerusi saluran undang2 dari perkara yang mencabul perlembagaan dan undang2 atau apa2 perkara yang dianggap tidak rasional dari perspektif mereka. Organisasi ini mengumpulkan para peguam bergerak memperjuangkan ketidak adilan kepada mana-mana pihak. 

3- Malaysia kini dan TV Kini. Merupakan portal berita yang menyediakan berita dan pandangan yang bebas dan pelbagai dari perspektif demokrasi, hak asasi dan kebebasan. MalaysiaKini mendapat USD100k setiap tahun selama 4 tahun berturut2 antara tahun 2009-2012 dan TVkini pula mendapat USD 35k setiap tahun sejak 2014. 

4- Merdeka Center - Mendapat sekitar USD 60-70k setahun sejak 2011 merupakan pusat kajian yang menjalakan kajian dan survey umum terhadap isu-isu yang berlaku di dalam negara. 

5- International Republican Institut (IRI)- mendapat dana yang sangat besar antara USD350k hingga USD400k dan pernah mendapat USD800k. 

Dengan dana yang banyak dari NED sehingga RM2-3 juta setahun dan pernah mencecah RM4juta, mereka mempunyai gerakan yang tersusun. Oleh sebab itu, projek, program  dan usaha yang berkait dengan hak asasi, demokrasi dan kebebasan, termasuk kebebasan agama merupakan usaha yang sering nampak di alam maya kerana mendapat biaya dan tajaan antaranya dari NED. Mungkin ada di sana banyak lagi maklumat dan aktiviti yang tidak didedahkan telah pun dilakukan bagi mengukuhkan perjuangan hak asasi, kebebasan dan demokrasi di Malaysia. 

P/s: Kena selebriti bercakap dahulu, baru rakyat sedar. Hmm.. 



Tetamu itu ialah 
David N. Saperstein is the Ambassador-at-Large for International Religious Freedom. He was confirmed by the Senate on December 12, 2014, and was sworn in and assumed his duties on January 6, 2015. 

Sila buka link ini: https://www.state.gov/r/pa/ei/biog/235915.htm dan juga ini 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo