NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Facebook Lancar Khidmat Watch Ke Seluruh Dunia



Perkhidmatan video Watch oleh Facebook bakal diperluaskan ke seluruh dunia. Demikian diumumkan gergasi media sosial itu hari ini.

Sebelum ini, khidmat eksklusif perkongsian video peribadi pengguna itu hanya ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) selama lebih setahun.

“Kami membangunkan produk ini bukan semata-mata untuk digunakan tanpa tujuan sebaliknya ia untuk meningkatkan penglibatan orang ramai,” menurut Naib Presiden Video Facebook, Fidji Simo.

Facebook melancarkan Watch di tengah-tengah peralihan tabiat menonton video – daripada wadah tradisional seperti kaca televisyen kepada wadah-wadah online seperti Netflix dan Hulu.

Selain itu bertambahnya ia ditawarkan susulan bilangan penonton yang memilih kandungan sedemikian baik dari yang profesional mahupun pengguna lain menerusi wadah seperti YouTube.

Facebook malah ketika ini giat mempertingkat kandungan-kandungan video yang ditawarkan, dengan rancangan-rancangan yang diterbitkan sendiri oleh pihaknya.

Minggu ini, Facebook mengumumkan format-format baharu termasuk rancangan permainan interaktif, kuiz dan undian.

Pengumuman itu dibuat selepas Facebook mendedahkan bahawa ia akan menyiarkan perlawanan bola sepak liga utama Sepanyol di India secara percuma dan menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara di Amerika Latin.

“Kandungan yang kami biaya hanyalah bahagian kecil daripada kandungan-kandungan yang ditawarkan di Watch,” kata Simo dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Justeru, pihak Facebook berharap kandungan video yang dihasilkan para pengguna sendiri akan menarik orang ramai untuk terus menonton.

Simo berkata Facebook sudah melaburkan banyak masa untuk membangunkan kemudahan-kemudahan supaya para pengguna boleh menyepadukan iklan ke dalam video mereka sendiri.

“Kami kekal yakin bahawa keupayaan menjana wang akan merangsang penghasilan (video) secara komersial,” tambah beliau. – Agensi/Mynewshub.TV

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo