NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ECRL: Kerajaan Kelantan terima keputusan batal - Nik Amar



Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah
sharifah@nstp.com.my

KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menerima keputusan pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai jutaan ringgit dengan hati yang terbuka.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri menerima keputusan itu walaupun pembatalan berkenaan akan memberi kesan kepada rakyat negeri ini.

"Kami (kerajaan negeri) menyokong projek ECRL selama ini kerana kami percaya projek ini adalah satu tindakan yang bagus kerana dapat memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan juga rakyat.

"Jika boleh, Kerajaan Pusat mengkaji semula keputusan itu tetapi jika mereka sudah tetap dengan keputusan itu, kami (kerajaan negeri) tidak dapat berbuat apa-apa kerana projek itu adalah projek Kerajaan Pusat," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis korban di padang Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini, Mohd Amar berkata pembatalan projek itu tidak akan menjadikan negara ini muflis.

"Kerajaan mungkin membuat keputusan itu kerana ingin menjimat duit tetapi mereka perlu fikir tentang pampasan yang bakal mereka bayar akibat dari pembatalan itu.

"Mereka tidak sepatutnya mengambil keputusan seumpama itu tanpa memikirkan kesan dari tindakan itu," katanya.

Sebanyak 70 ekor lembu dikorbankan pada majlis itu di mana Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, turut berkenan hadir.

Mohd Amar berkata demikian mengulas tindakan kerajaan membatalkan projek ECRL dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mengakhiri lawatan lima hari ke China dilaporkan berkata, beliau sudah menyampaikan keputusan itu kepada pemimpin China dan mereka memahami masalah dihadapi Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo