NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ECRL: 'Ada pihak tawar bina dengan kos RM10 bilion' Tun M



Kerajaan akan pertimbang untuk teruskan projek jika kos lebih rendah


PUTRAJAYA, 16 Zulhijjah 1439H, Selasa – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, pentadbirannya telah menerima tawaran membina projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubungkan Kelantan ke Pelabuhan Klang dengan kos serendah RM10 bilion.

"Ada juga yang mengatakan mereka boleh membina ECRL dengan RM10 bilion dan bukannya RM55 bilion. Ada syarikat China, ada juga syarikat tempatan.

"Kami perlu berbincang dengan mereka sekiranya ada kemungkinan untuk mengurangkan kos daripada RM55 bilion menjadi RM10 bilion. Bodohlah, kalau kami tidak menerimanya.

"Tetapi kami perlu mengkaji jika kamu memang boleh mengurangkan kos sebanyak itu," katanya dalam wawancara bersama portal The Malaysian Insight, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sanggup membayar lebih daripada RM10 bilion namun tidak lebih daripada RM30 bilion untuk membina ECRL.

"Membayar RM55 bilion untuk sesuatu yang anggaran kos paling tingginya hanya mencecah RM30 bilion tidak baik untuk kedudukan kewangan negara," katanya.

Baru-baru ini, dalam lawatan rasmi ke China bagi merundingkan ECRL dan projek saluran paip gas (TSGP) oleh SSER, Mahathir memberitahu China, bahawa Malaysia tidak mampu untuk menanggung projek berkenaan.

"Apa yang saya katakan ialah jika kita boleh, kita akan membatalkan projek atau menangguhkannya atau mencari cara lain melakukannya tanpa perbelanjaan wang yang banyak," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo