Dr Halimah dan tag nama berpisah tiada


Sepanjang Kempen PRK Seri Setia, Dr Halimah Ali dilihat sentiasa memakai name tag. Gambar Facebook

PETALING JAYA : Walaupun sudah tidak berada dalam pentadbiran kerajaan negeri, calon Pas di Seri Setia, Dr Halimah Ali nampak tetap memakai tag nama.

Alasannya, mudah.

Orang akan lebih mengenali dan meletakkan nama 'Halimah' dalam ingatan mereka.

Menurut Dr Halimah, beliau sudah terbiasa memakai tag nama, kerana ia sudah menjadi etika kerjanya.

"Pertama, memang saya terbawa-bawa jugalah masa zaman saya dalam kerajaan (Negeri Selangor). 

"Keduanya, supaya senang orang nak kenal dan memudahkan kerja saya. Ia adalah sebahagian etika kerja saya," katanya semasa program Sinar Live bersama calon PAS PRK Seri Setia.

Malah, pemakaian tag nama disifatkan menjimatkan masa terutama semasa berjumpa dengan orang ramai.

Apabila memakainya, beliau tidak perlu lagi berulang kali memperkenalkan diri jika ada yang lupa pada namanya.

"Pakai tag nama ini menjimatkan masa dan juga berkebajikan sebab apabila saya berjumpa orang, ada yang asyik lupa nama. Jadi saya kesianlah dekat orang itu kena tanya saya nama apa, maka saya pakai tag nama ini," ujarnya.

Dr Halimah adalah bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas ADUN Selat Klang.

Beliau juga adalah pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL dan Yayasan Selangor.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget