NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BR1M akan dikurangkan dan dihapuskan




KUALA LUMPUR 25 Ogos - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menegaskan, rakyat tidak patut merasakan mereka boleh mendapatkan wang tanpa bekerja. 

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M),” katanya dipetik menerusi wawancara bersama portal The Malaysian Insight hari ini. -UTUSAN ONLINE

https://m.utusan.com.my/berita/nasional/br1m-akan-dikurangkan-dan-dihapuskan-1.735498

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo