Bolasepak: Bibi tekad pimpin KAFA hingga 2021



Bibi Ramjani enggan tunduk desakan pihak tertentu supaya berundur
USAHAWAN batik, Bibi Ramjani Ilias Khan (gambar) sama sekali tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang mahu beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ekoran kegagalannya mengemudi badan itu dengan baik.

Bibi Ramjani sebaliknya menempelak tindakan itu dan bertegas akan terus mengetuai badan berkenaan sehingga tamat tempoh perkhidmatan iaitu pada tahun 2021.

"Rasanya kalau berumah tangga kita tidak mampu, kenalah berusaha dan bukannya terus ceraikan isteri.

"Kemudian serahkan kepada orang lain yang lebih mampu," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Bapa Pemodenan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa yang mahu individu tidak mampu menguruskan KAFA berundur.

Bibi Ramjani memberitahu, beliau akan terus ber­usaha menyelamatkan badan induk itu dengan mencari dana untuk mengharungi musim depan.

Katanya, kepimpinan terdahulu sepatutnya bertanggungjawab dan tidak me­ninggalkan hutang kepada pengurusan baharu untuk menyelesaikannya.

"Mereka sepatutnya datang bantu kami jika sayangkan bola sepak Kelantan. Ja­ngan tinggalkan hutang.

"Sejak saya ambil alih KAFA sudah banyak hutang yang telah dilunaskan," ujarnya.

Bibi Ramjani berkata, dia mahu Annuar memujuk bekas-bekas pemain The Red Warriors (TRW) supaya bersabar dan tidak menekan KAFA untuk me­langsaikan hutang mereka.

"Saya dahulu mahu ma­suk (bertanding) jawatan tanya pandangan beliau (Annuar), jadi tidak salah bertanya pandangan.

"Tahun ini kita sudah berjaya melangsaikan sedikit hutang bagi mendapatkan lesen untuk layak ke saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini walaupun bersyarat," katanya.

Tahun 2016, Annuar membuat keputusan mengejut apabila melepas jawatan sebagai Pre­siden KAFA pada 8 November setelah tidak lagi terdaya mencari dana bagi menguruskan pasukan Kelantan.

Sepanjang lapan tahun me­mimpin KAFA, Annuar berjaya meletakkan Kelantan sebagai pasukan yang digeruni dalam arena bola sepak Malaysia apabila merangkul kejuaraan trebel musim 2013 selain beraksi di pentas Asia.

Selepas meletakkan jawatan, tugas Annuar dipangku oleh Datuk Seri Afandi Hamzah (Timbalan Presiden KAFA) sehingga Kongres Tahunan kali ke-63, September tahun lalu.

Pada kongres tersebut, sejarah baharu tercatat apabila usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan dipilih sebagai Pre­siden KAFA yang baharu.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget