NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bila mahu hapus hutang peneroka?


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai janji untuk menghapuskan hutang peneroka sebagaimana yang termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kecewa dengan sikap kerajaan kerana masih membisu mengenai janji tersebut.

Hal ini kerana, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO percaya bahawa ramai peneroka mengundi PH kerana 'termakan' dengan janji penghapusan hutang itu.

"Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) perlu menjawab apakah hutang peneroka akan dihapuskan? Jika ya, apakah semua hutang atau sebahagian daripada hutang?

"Apakah jenis hutang-hutang dan bila akan dihapuskan?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo