Anjur pesta gay: Khalid Samad tak terima permohonan maaf Wan Asshima


Menteri Wilayah anggap permohonan maaf tidak ikhlas
KUALA LUMPUR, 15 Zulhijjah 1439H, Isnin – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Nasional (PAN), Khalid Samad, enggan bertemu Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia, Wan Asshima Kamaruddin, yang dikatakan memfitnahnya dan telah memohon maaf.

Sebaliknya, Menteri Wilayah itu hanya akan berjumpa dengan Wan Asshima di mahkamah sahaja, apabila beliau enggan menarik balik saman yang dibuat terhadap wanita yang didakwa memfintah beliau menganjurkan pesta gay terbesar di ibu negara.

"Saya tidak nampak sebab saya perlu berjumpa dengannya (Wan Asshima). Mohon maaf pun belum, tarik balik kenyataan pun tidak.

"Kalau mahu dia boleh berjumpa dengan Pegawai Tugas-tugas Khas untuk jelaskan. Tetapi lagi banyak dia cakap lagi teruk. Jadi kita jumpa di mahkamah sahaja," katanya mengulas permohonan maaf Wan Asshima di sini, semalam.

Beberapa hari lalu, media melaporkan Wan Asshima yang menyertai PAS tahun lalu, memuatnaik klip video dalam Facebooknya, yang menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran. Bagaimanapun, kini video itu telah dipadam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, Wan Assima tidak mengeluarkan sebarang kenyataan permohonan maaf ke atas fitnah itu, sebaliknya hanya meminta maaf kerana mengaibkannya.

"Saya tidak nampak ia sebagai permohonan maaf yang ikhlas. Dia tidak berasa kesal dengan tindakan gelojoh dan tiada fakta. Dia hanya guna emosi dan kemudian menuduh saya beremosi. Saya hanya menggunakan hak saya apabila orang memfitnah saya.

"Kerajaan Pakatan Harapan menghormati hak-hak bersuara, tetapi orang yang mahu bersuara perlu berhati-hati dan bertanggungjawab atas apa yang dikatakan.

"Kalau kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas dan bertujuan memprovokasi maka dia perlu bersedia menerima tindakan daripada orang yang difitnah," katanya.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget