NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli PAN sertai DAP, kenapa perlu kaitan dengan PAS?



Kenapa perlu dikaitkan dgn PAS???...

ini boleh dipanggil politik terdesak oleh dap apabila mengaitkan PAS dalam kemasukan sorang bekas ahli PAS yg lama dah meninggalkan PAS ke dalam dap dan Putrajaya tu bukan sebuah negeri utk mempunyai seorang "Pesuruhjaya"...

Utk makluman hangpa, nama sebenarnya adalah nazir zakaria (bukan nasir zakaria) merupakan mantan YDP PAS Putrajaya sebelum digantung jawatan melalui resolusi Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Putrajaya menjelang PRU 13 yg lalu...aku tak perlu lah panjangkan sebab musababnya, cuma cukup jika aku katakan bahawa inilah contoh orang yg tidak mahu akur kepada keputusan kepimpinan pada masa itu...

Kemudian pada tahun 2016, setelah pan ditubuhkan...dia telah umumkan menyertai pan...tiba2 hari ini bila dia join dap, nama PAS masih dibabitkan...kenapa tidak tulis hal yg sebenar iaitu dia sebagai "mantan ahli pan"???...

Sewaktu penubuhan PASMA satu ketika dulu, dia juga telah memegang jawatan sebagai pengerusi pasma Wilayah...dan umum tahu bahawa pasma merupakan duri dalam daging kpd PAS...kenapa ini juga tidak disebut???...

dan dia juga pernah terpalit dgn kerja2 mengedit gambar Tuan Guru Tuan Ibrahim dan bbrp orang lain yg sebenarnya menunjukkan angka 2 sebagai simbol kenaikan harga minyak 20 sen pada Nov 2013 walaupun sebelumnya najib telah berjanji bhw tiada kenaikan harga minyak sehingga hujung tahun...

Dia juga dan bbrp yg lain pernah pi ziarah mayat chin peng di Bangkok...

Ada lagi fitnah lain yg ditaburkannya kalau aku nk tulis...tapi biarlah dia mengadap sendiri dgn org yg dia fitnah tu di hadapan Rabbul Jalil nanti sbb org yg dia fitnah tu sudah pun meninggal...

kpd puak2 mahacai...jangan rasa seronok sangat...dia sebetulnya melompat dari pan masuk ke dap...dan tak ada kena mengena dgn PAS pun...dan hangpa kena selidik tengok lah kenapa dia lari dari pan masuk dap...tapi bagi aku, org mcm ni dok dalam parti mana pun perangainya tetap sama...

Dan aku nasihatkan kepada semua termasuk diri aku sendiri, inilah contoh orang yg tak mahu menghormati apa yg diputuskan oleh pemimpin...lama kelamaan org mcm ni bakal jadi "kupang tembaga" kata orang Kedah...

alfaqir ilallah ppk
20 Zulkaedah 1439H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo