NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

55 Orang Awam Maut Serangan Di Yaman


SANAA – Seramai 55 orang awam dilaporkan terkorban, manakala puluhan lagi cedera dalam beberapa letupan yang berlaku di bandar pelabuhan Hodeida yang dikuasai pemberontak.

“Walaupun keadaan di lokasi kejadian letupan masih tidak diketahui, insiden ini disifatkan sebagai tidak menghormati nyawa dan harta orang awam,” kata ketua delegasi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bagi Yaman, Johannes Bruwer dalam satu kenyataan, semalam.

ICRC berkata, beberapa insiden letupan di daerah berhampiran pantai itu, termasuk di pasar ikan dan kawasan sekitar Hospital Al-Thawra menyebabkan 55 orang awam maut, sementara 170 lagi mangsa cedera.

“Dua ambulans turut musnah,” katanya.

Pada Khamis lalu, anggota perubatan dan saksi melaporkan, sekurang-kurangnya 20 orang terkorban dalam serangan udara di pintu masuk hospital dan pengeboman di pasar ikan di Hodeida.

“Kejadian di Hodeida amat mengerikan. Insiden ini tidak boleh diterima kerana ia tidak menghiraukan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang dikuatkuasa di Yaman,” kata Bruwer yang mengutuk serangan berkenaan. – AFP/BH ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo