NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

43082 Bantah lantikan Datin Noor Azimah



DALAM TEMPOH 48 JAM, TELAH MENGUMPULKAN 43,082 TANDATANGAN PETISYEN SELAMATKAN PELAJAR-PELAJAR MUSLIM MALAYSIA

Bantah Lantikan Datin Nor Azimah Abdul Rahim Sebagai Anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan

Oleh : UMMAH Kedah
20 Ogos 2018 / 09 Zulhijjah 1438

ALOR SETAR – Kempen bantah lantikan Datin Noor Azimah Abdul Rahim sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan telah berjaya mengumpulkan sebanyak 43, 082 Tandatangan Petisyen dari kalangan ibubapa, waris pelajar dan Ngo.

Timbalan Ketua UMMAH Kedah, Ir. Mohd Jamal Nasir berkata, pihaknya sangat gembira apabila ibubapa, waris pelajar dan Ngo-Ngo telah menyatakan bantahan mereka melalui “Tandatangan Petisyen” yang dilancarkan pada hari Sabtu (18 Ogos 2018), jam 09.00 pagi hari tersebut.

“Dalam tempoh masa 48 jam, ia telah dapat mengumpulkan sebanyak 43, 082 tandatangan petisyen, katanya.

Kempen petisyen di buat secara online di laman sesawang ww.gopetition.com/pet… /selamat - pelajar-muslim-malaysia.html" selama tujuh hari yang akan ditutup pada 22 Ogos, jam 12.00 tengahari.

Katanya, “Petisyen ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pihak terdiri ibubapa, waris, Ngo-Ngo menyatakan bantahan mereka berhubung pelantikan aktivis G25, Datin Noor Azimah dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, katanya.

G25 merupakan pergerakan yang sering mencetuskan isu kontroversi melibatkan kedudukan Islam di negara ini yang mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Beberapa hari lepas, Ir Mohd Jamal Nasir telah membuat kenyataan membantah pelantikan aktivis G25 dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang telah merekodkan capaian pembaca tertinggi dalam tempoh 28 jam iaitu sebanyak 118,040 dan kini (21 Ogos) ia telah mencecah jumlah pembaca sebanyak 180,252, 1,500 Perkongsian, 570 Suka dan 244 Komen.

Ir. Mohd Jamal menambah, UMMAH Kedah menyeru ibubapa, waris pelajar yang belum menyertai bantahan ini supaya segera menyatakan bantahan melalui petisyen yang disediakan. Semakin ramai terlibat membuat petisyen, ia lebih baik kerana petisyen tersebut akan diserahkan kepada pihak Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Raja-Raja Melayu.

UMMAH Kedah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa, waris pelajar dan Ngo-Ngo yang telah turut serta menurunkan tandatangan petisyen yang dijalankan.

“In Sha Allah, sasaran kita mengumpulkan sekurang-kurangnya 100k tandatangan petisyen akan tercapai dalam masa ia ditetapkan, katanya lagi.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo