NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

3 Maut Akibat Gelombang Haba Di Sepanyol



MADRID – Tiga lelaki maut akibat strok haba di Sepanyol, ketika gelombang haba melanda Eropah selepas suhu yang dicatatkan mencecah 45 darjah celsius di beberapa kawasan.

Agensi perlindungan awam Catalonia berkata, mangsa pertama membabitkan seorang lelaki pertengahan usia yang juga gelandangan, ditemui pengsan di Barcelona.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat strok haba selepas dibawa ke hospital.

Dua lagi mangsa masing-masing pekerja jalan raya berusia dalam lingkungan 40-an dan pesara berusia 78 tahun, yang dilaporkan meninggal dunia akibat strok haba, baru-baru ini.

Suhu di Sepanyol dilaporkan merekodkan kadar tertinggi semalam, apabila ia mencecah 44 darjah celsius di Badajos yang terletak berhampiran Portugal, manakala di Seville dan Madrid mencatatkan suhu masing-masing pada 42 darjah celsius dan 40 darjah celsius.

Sementara itu, di Portugal, perkhidmatan kecemasan berkata, walaupun tiada kebakaran hutan dilaporkan setakat ini, namun mereka sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga kemungkinan berlakunya insiden itu.

Paras suhu di Alvega dicatatkan pada 45 darjah celsius, iaitu terletak kira-kira 150 kilometer di utara Lisbon, kelmarin.

Menurut Institut bagi Laut dan Atmosfera Portugal (IPMA), gelombang haba dijangka mencapai kemuncaknya hari ini. – AFP/BH ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo