NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1MDB: Tommy tarik diri daripada kes menentang Najib



KUALA LUMPUR 31 Ogos – Peguam Negara, Tommy Thomas menarik diri daripada menjadi ketua pasukan pendakwaan dalam kes menentang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendakwaan berkaitan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan telah melantik penggantinya iaitu peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan berkenaan dan melantik Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwaraya Kanan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah.

Tommy memberitahu, penarikan diri daripada pasukan itu disebabkan oleh komitmen yang terlalu berat sebagai Peguam Negara dan juga pendakwa raya selain pelbagai tuntutan lain selaku pegawai undang-undang utama dalam kerajaan.

Sebelum ini, katanya, beliau telah pun membuat persediaan untuk mengendalikan perbicaraan untuk menentang Najib iaitu selama lapan minggu yang telah ditetapkan bermula pada 12 Februari 2019 dan berakhir pada 29 Mac 2019. 

“Sulaiman merupakan salah seorang peguam terkemuka negara yang berpengalaman luas dalam undang-undang jenayah termasuk jenayah kolar putih. Kemahirannya tiada tolok bandingnya dan kebijaksanaannya tiada saingannya. Sulaiman berintegriti tinggi dan sesungguhnya merupakan seorang peguam yang berprinsip,” katanya.

Tommy memegang jawatan Peguam Negara dan telah menjadi ketua pasukan pendakwaan menentang Najib selama tiga bulan. -UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/1mdb-tommy-tarik-diri-daripada-kes-menentang-najib-1.739340

Perutusan Hari Kebangsaan 2018 Yang Ke-61


Alhamdulillah, negara sudah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 selama 61 tahun. Pelbagai onak dan duri telah dilalui oleh negara sepanjang tempoh tersebut yang cukup untuk mematangkan pemikiran kita sebagai seorang warganegara yang berdaya saing untuk membangunkan negara dan negeri Terengganu khususnya.

Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan keberanian para pejuang terdahulu dalam mempertahankan maruah tanah air tercinta daripada penjajah. Haji Abdul Rahman Limbong dan Tokku Paloh antara tokoh ulama dari Terengganu yang terpahat dalam lipatan sejarah masih kekal segar di ingatan generasi masa kini kerana sanggup berkorban jiwa dan raga demi kebebasan negara.

Mempertahankan sebuah kemerdekaan menuntut komitmen yang padu dan jitu daripada semua lapisan masyarakat. Kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sangat penting dalam memastikan keamanan dan keharmonian pelbagai kaum sentiasa dijaga.

Namun begitu, hakikat kemerdekaan adalah lebih luas. Merdeka bukan sahaja bebas penindasan fizikal tetapi bebas cengkaman mental daripada ideologi peninggalan penjajah. Mentaliti merdeka sepatutnya adalah berasaskan acuan sendiri, bebas daripada anasir luar yang boleh merosakkan. Negara kita kaya dengan adab dan tatasusila. Tambahan pula, Islam merupakan agama rasmi. Unsur-unsur songsang seperti LGBT, pergaulan bebas, hiburan melampau di alaf dunia tanpa sempadan boleh merencatkan pembangunan insan dan negara. 

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini dengan tema “Sayangi Malaysiaku” menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan etnik agar negara membangun seiring kemajuan global, memangkin pertumbuhan ekonomi dan melahirkan modal insan berintegriti. 

Besar harapan saya, rakyat Negeri Terengganu dapat menghayati kebebasan secara menyeluruh, mencorak identiti sendiri, mencipta kemajuan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

'Sayangi Malaysiaku'

'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
30 Ogos 2018

Pengisian Sebenar Kemerdekaan Di Era Malaysia Baharu



Oleh :Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus

1. Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun adalah sempena memperingati peristiwa pengisytiharan penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu sendiri. 

2. Sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, bermulalah era penjajahan di Tanah Melayu. Pada 1641, Melaka jatuh ke tangan Belanda dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.

3. Kesan Perjanjian Pangkor 1874 yang mengundang campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri di Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang kemudiannya telah membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

4. Menerusi Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Siam telah menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada British dan British telah memaksa negeri-negeri ini menerima seorang Penasihat British seperti di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menerima seorang Residen British. Johor juga menerima seorang Konsul British pada 1895 yang kemudiannya ditukar kepada Penasihat Am pada 1914. Terengganu pula menjadi negeri terakhir di Tanah Melayu yang dipaksa menerima Penasihat British pada tahun 1919.

5. Pada 1948 barulah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggabungkan 9 Negeri-negeri Melayu (Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor) dan 2 penempatan British iaitu Pulau Pinang dan Melaka sekaligus memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan buat pertama kali.

6. Majlis bersejarah menyambut pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Raja-raja Melayu, perwakilan negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lain serta ribuan rakyat disemarakkan dengan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali yang diketuai oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman. 

7. Selain Lagu Kebangsaan “Negaraku” buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi, diikuti selepas itu juga dengan seruan azan oleh tokoh agama, Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dengan Islam menjadi Agama bagi Persekutuan Tanah Melayu.

8. Pada 16 September 1963 pula, Malaysia berjaya dibentuk hasil penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sebelum Singapura berpisah daripada Malaysia pada 1965. Sempena pembentukan Malaysia ini, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun.

9. Setiap rakyat Malaysia tidak sepatutnya melupakan sejarah kemerdekaan negara ini yang merupakan sebuah perjalanan panjang dan payah yang ditempuhi oleh generasi terdahulu melibatkan semua tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial seseorang.

10. Kesanggupan mereka menumpahkan darah dan mengorbankan nyawa adalah demi membebaskan tanah air ini daripada penjajahan dan menubuhkan sebuah negara berdaulat yang baru sehingga semuanya saling bersetuju dengan suatu kontrak sosial semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan.

11. Kedudukan agama Islam, peranan Raja-raja Melayu, keistimewaan orang-orang Melayu dan penggunaan Bahasa Melayu adalah antara yang telah dipersetujui secara bersama sejak dahulu sebagai teras utama keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara ini yang merupakan pengisian terpenting kemerdekaan negara selain hak dan kepentingan sah kaum dan penganut agama lain turut dijamin sama.

12. Oleh itu, manifestasi sebenar kemerdekaan ini adalah pada kesungguhan memelihara perkara ini disamping mengibarkan “Jalur Gemilang” dan mengadakan sambutan bagi meningkatkan lagi penghayatan terhadapnya.

13. Pasca PRU14 lalu kita disebut berada di era Malaysia Baharu setelah Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO/BN sejak merdeka lagi kini diterajui pula oleh Pakatan Harapan (PH). Perubahan teraju Kerajaan ini tidak sepatutnya mengubah atau cuba mengubah teras utama ini sekalipun pada tafsiran dan lebih-lebih lagi pada isinya. Ia adalah asas yang tidak boleh dikesampingkan dalam arus pembangunan dan pemajuan rakyat dan negara ini.

14. Seterusnya, setelah 61 tahun merdeka, pengertian kemerdekaan itu mesti difahami dengan lebih komprehensif dan objektif. Ia tidak terhad pada aspek fizikal semata-mata, tetapi juga meliputi aspek mentaliti dan spiritual. 

15. Sekalipun pada aspek fizikal kita telah merdeka, namun pada aspek pemikiran dan kerohanian, harus diakui bahawa kita masih dibelenggu penjajahan. Ia sebagaimana disebut oleh Abu A'la al-Maududi, "telah pergi Inggeris berkulit merah tinggal lagi Inggeris berkulit sawo matang". 

16. Cara fikir atau pandangan hidup yang dipandu oleh kepentingan kebendaan dan individualistik telah mewujudkan pengabaian dan penganiayaan terhadap golongan yang lemah dan menjadikan manusia lari daripada tanggungjawabnya yang sebenar. 

17. Sistem kewangan dan perbankan berasaskan riba serta sistem percukaian yang berasaskan kepenggunaan (seperti GST dan SST) yang dicedok daripada model ekonomi Barat sebagai contoh terus menjadikan orang miskin semakin miskin dan orang kaya semakin kaya.

18. Kejiwaan yang kosong daripada menyedari dan mengingati bahawa manusia dijadikan oleh Tuhan, sentiasa diperhatikan oleh Tuhan, mesti mengikuti peraturan Tuhan dan akan dibalas baik atau buruk oleh Tuhan menyebabkan agenda menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran dianggap tidak penting dan dilihat sebagai pencerobohan terhadap ruang peribadi seseorang. 

19. Tidak hairanlah pelaku maksiat dan jenayah moral pula diraikan dan diberi penghormatan serta terbit ungkapan bahawa perlakuan LGBT adalah bukan jenayah dan tidak salah selagi ia dilakukan secara tersembunyi.

20. Maka, melatalah kerosakan di bumi ini; rasuah, salah guna kuasa, pembunuhan, rompakan, kecurian, seks songsang, rogol, penzinaan dan pelacuran serta keganasan rumah tangga berlaku saban hari seakan-akan menjadi perkara biasa sahaja.

21. Sedarlah, sesungguhnya kemerdekaan itu dicapai dengan memerdekakan fizikal, pemikiran dan kerohanian serta adat dan budaya daripada belenggu penjajahan Barat. Malah, kemerdekaan hakiki bagi seorang Muslim pula hanya dapat dikecapi apabila kita mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

”Sejahtera Bersama Islam"

Tarikh : Khamis, 30 Ogos 2018 | 18 Zulhijjah 1439H
_

PENULIS juga adalah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat, AJK Kerja PAS Pusat sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan dan Pengarah Strategi PAS Pusat. Pandangan dan aktiviti beliau boleh diikuti menerusi akaun FB (@drtakiri) dan Twitter (@drtakiri2016) rasmi beliau.

PAS Bukan Parti Esktrem – Dr Halimah

PAS tidak pernah meminggirkan kaum lain dalam sejarah perjuangan politiknya, kata calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Beliau berkata, dakwaan pihak tertentu yang melabelkan PAS sebagai parti ekstrem adalah tidak benar serta propaganda semata-semata.

“PAS sejak dulu lagi memberi perhatian kepada semua pihak termasuk kaum Cina dan India. Ini kerana Islam merupakan agama yang adil.

“Pengundi di Seri Setia boleh menilai prestasi saya ketika menjadi ADUN Selat Klang yang mana kaum Cina dan India di beri perhatian serta diberi layanan seadil-adilnya.

“Saya juga berjaya menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat di Pulau Ketam yang terdiri daripada 99 peratus masyarakat Cina,” katanya pada sidang media di Hotel Tabung Haji, Petaling Jaya pada Rabu.

Halimah berkata, beliau yakin kaum Cina dan India sudah dapat mengenali perjuangan PAS serta menolak cubaan pihak tertentu yang cuba memburukkan imej parti itu.

“Ramai mendakwa kami ekstrem dan ‘potong-potong’, jadi orang Cina agak tidak terbuka tetapi mereka sudah didedahkan dengan perjuangan saya iaitu siapa yang paling mampu membawa suara rakyat kalau bukan pembangkang,” katanya.

PRK DUN Seri Setia diadakan selepas penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, 2 Ogos lalu akibat barah usus.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin menang kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi, menewaskan calon BN, Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon Bebas, S Vigneswaran.


Manifesto: Mohon Maaf Pada Rakyat- Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu meminta maaf kepada rakyat kerana gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kenyataan itu sekali gus bercanggah dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan yang juga Presiden PKR yang menegaskan kerajaan tidak perlu memohon maaf terhadap kegagalan melaksanakan 10 janji 100 hari PH seperti terkandung dalam manifesto.

Ketua Umum PKR itu berkata setiap perkara yang dijanjikan dalam manifesto itu perlu ditunaikan walaupun mengambil tempoh panjang.

“Apa yang kita janji, kita kena menjalankan usaha dan ikhtiar untuk tunaikan. Itu janji, tetapi jika sudah ikhtiar sedaya upaya, ada masalah, kita kena minta maaf dan minta tangguh serta minta tempoh.

“Jangan kita pertikaikan janji sendiri, soal pendekatan saya katakan tidak semua janji yang dapat kita tunaikan kerana kita pun tidak tahu masalah ekonomi kita begitu rumit, hutang begitu banyak,” katanya dalam wawancara bersama NSTP di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.


Bagaimanapun, Presiden PKR itu berkata, kerajaan akan berusaha memastikan segala janji terlaksana kerana ada yang ditunaikan seperti pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dewan Rakyat, selain pemberian insentif kepada suri rumah menerusi Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri).

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan perlu memaklumkan kepada rakyat setiap janji yang sudah dilaksanakan.

Perlu ada sifat rendah diri, tawaduk, sifat yang mulia perlu ada pada rakyat dan kalangan pemimpin.

“Soal netizen kritik di media, kita kena terima. Di media diberikan ruang dan kebebasan dan jika berasa pandangan itu meluas, jawablah. Jangan risau sangat orang kritik, minta maaflah dan minta tempoh. Saya tidak fikir rakyat akan begitu keras,” katanya.

Wartawan Watan-Online


Facebook Lancar Khidmat Watch Ke Seluruh Dunia



Perkhidmatan video Watch oleh Facebook bakal diperluaskan ke seluruh dunia. Demikian diumumkan gergasi media sosial itu hari ini.

Sebelum ini, khidmat eksklusif perkongsian video peribadi pengguna itu hanya ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) selama lebih setahun.

“Kami membangunkan produk ini bukan semata-mata untuk digunakan tanpa tujuan sebaliknya ia untuk meningkatkan penglibatan orang ramai,” menurut Naib Presiden Video Facebook, Fidji Simo.

Facebook melancarkan Watch di tengah-tengah peralihan tabiat menonton video – daripada wadah tradisional seperti kaca televisyen kepada wadah-wadah online seperti Netflix dan Hulu.

Selain itu bertambahnya ia ditawarkan susulan bilangan penonton yang memilih kandungan sedemikian baik dari yang profesional mahupun pengguna lain menerusi wadah seperti YouTube.

Facebook malah ketika ini giat mempertingkat kandungan-kandungan video yang ditawarkan, dengan rancangan-rancangan yang diterbitkan sendiri oleh pihaknya.

Minggu ini, Facebook mengumumkan format-format baharu termasuk rancangan permainan interaktif, kuiz dan undian.

Pengumuman itu dibuat selepas Facebook mendedahkan bahawa ia akan menyiarkan perlawanan bola sepak liga utama Sepanyol di India secara percuma dan menyiarkan perlawanan Liga Juara-Juara di Amerika Latin.

“Kandungan yang kami biaya hanyalah bahagian kecil daripada kandungan-kandungan yang ditawarkan di Watch,” kata Simo dipetik agensi berita antarabangsa AFP.

Justeru, pihak Facebook berharap kandungan video yang dihasilkan para pengguna sendiri akan menarik orang ramai untuk terus menonton.

Simo berkata Facebook sudah melaburkan banyak masa untuk membangunkan kemudahan-kemudahan supaya para pengguna boleh menyepadukan iklan ke dalam video mereka sendiri.

“Kami kekal yakin bahawa keupayaan menjana wang akan merangsang penghasilan (video) secara komersial,” tambah beliau. – Agensi/Mynewshub.TV

Pasaraya Wakaf PAS Kini Dalam Fasa Pembinaan


KUALA DUNGUN, 26 OGOS 2018 - Pasaraya Wakaf PAS dibawah Lajnah Ekonomi PAS Pusat kini memasuki fasa pembinaan.

Menurut pengurus projek, Ust Ahmad Asyraf "Semalam kita telah bawa pekerja-pekerja kontrak untuk membersihkan tapak sekaligus membawa masuk barang-barang asas pembinaan."

Pasaraya Wakaf PAS ini menelan belanja sebanyak RM 12 juta dan bakal memberikan pulangan pendapatan kepada PAS RM 60 ribu sebulan. 

"Alhamdulillah, hari ini kita turut  menjemput Ahli Parlimen Dungun, YB Ust Haji Wan Hassan Mohd Ramli untuk melihat sendiri perkembangan projek Pasaraya Wakaf PAS ini." ujarnya lagi. 


Majlis Pelancaran Pembinaan Pasaraya Wakaf PAS ini akan disempurnakan oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pusat, YB Dato' Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri "InsyaAllah, kita telah mendapat persetujuan, hanya menunggu tarikh Tuan Guru Presiden yang dijangka pertengahan September ini." ketika dihubungi semalam. 

Ketika ditemui di tapak projek, YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli turut gembira melihat perkembangan positif pembinaan pasaraya ini. 

Sumbangan dan wakaf RM 30 masih diperlukan, dan boleh dimasukkan terus ke akaun Maybank Parti Islam Se-Malaysia PAS Dana Sanabil 564025404697 

Maklumat lanjut mengenai Pasaraya Wakaf PAS ini boleh di dapati menerusi laman web  www.wakafummah.com

Ringgit:Segera cegah impak kejatuhan


1. Sejak PRU14 lalu, trend nilai matawang Ringgit Malaysia terus menunjukkan kejatuhan berbanding Dolar AS. Pada masa ini ia berada pada paras RM4.09 berbanding USD1 dan dijangka mencecah RM4.11 pada suku keempat 2018.

2. Kejatuhan nilai Ringgit ini pasti memberi kesan peningkatan terhadap kos tanggungan Kerajaan terutamanya apabila projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah bergantung kepada barangan import.

3. Kejatuhan nilai Ringgit pada masa Indeks Harga Pengguna (IHP) dan kadar inflasi sedang meningkat juga pasti memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

4. Pada Julai 2018, IHP meningkat 0.2% berbanding Jun 2018 menjadikannya bagi tempoh Januari hingga Julai 2018 mencatatkan kenaikan sebanyak 1.4%. Kadar inflasi juga meningkat dari 0.8 pada Jun 2018 kepada 0.9 pada Julai 2019 dan dijangka meningkat lagi kepada 2.5 pada suku keempat 2018. 

5. Ditambah lagi, bermula September ini pengguna juga menerima kesan daripada pelaksanaan SST yang dijangkakan menaikkan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan.

6. Perubahan rejim percukaian dari GST kepada SST pasti menjadi alasan dan sebab kepada kenaikan harga barang oleh pelbagai lapisan rantaian perbekalan bermula dari pembekal, pengilang, pemborong dan peruncit. 

7. Tanpa menafikan adanya faktor luar kawalan bagi Kerajaan mengukuhkan nilai Ringgit, namun Kerajaan mesti segera melaksanakan tindakan bagi mencegah kesan kejatuhan nilai Ringgit ini supaya kos tanggungan Kerajaan dapat dikurangkan dan lebih utama rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

8. Justeru, saya menggesa Kerajaan supaya :

(a) Menangguhkan pelaksanaan SST yang dijadualkan berkuatkuasa bermula September ini dan meneroka sumber pendapatan bukan cukai kepenggunaan yang lain.

(b) Menurunkan harga barangan dan perkhidmatan berkaitan keperluan asas seperti makanan, pengangkutan dan kesihatan.

(c) Meneruskan pemberian tunai seperti BR1M / Bantuan Sara Hidup terutamanya kepada golongan B40 serta nelayan, pesawah dan penoreh getah.

(d) Memastikan reka bentuk dan spesifikasi perolehan bagi projek pembangunan baru mengambilkira dan mengutamakan barangan dan perkhidmatan yang ada di dalam negara terlebih dahulu.

(e) Meneliti semula kos projek yang dilaksanakan dengan mengambil langkah menukar bahan-bahan dan komponen-komponen import kepada produk keluaran tempatan.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2141698912506794&id=569086473101387

PRK Seri Setia: Orang berbudi kita berbahasa


Oleh: NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
19 AUGUST 2018


ORANG tua terdahulu cekal tabah dan sabar menghadapi tekanan dan dendam Umno BN ke atas mereka. Mereka istiqamah di jalan Allah dengan PAS dan perjuangan Islam. Dengannya mereka pasti mendapat laba besar di akhirat nanti insya Allah.

Hari ini, generasi baru adalah untuk Malaysia baharu dan politik Islam yang lebih dinamik dan terbuka. Sejarah bukan untuk dibalas dengan dendam dan kemarahan. Ia bukan pun menambah pahala, bahkan mungkin sahaja meruntuhkannya kembali. Perpecahan bukanlah satu kejayaan untuk dikecapi.

Carilah pahala dan redha-Nya dengan meneroka sesuatu yang lebih baru, benar dan tepat buat umat Islam.

Perpecahan adalah dipaksakan pada zaman sayyidina Ali karramaLlahu wajhahu. Keadaan amat kelam dan menyedihkan. Tetapi, sebaik anaknya, sayyidina Hasan bin Ali mengambil alih khilafah daripada ayahandanya, beliau meneroka sesuatu yang luar biasa.

Khilafah umat diserahkan secara damai kepada saingan ayahnya iaitu sayyidina Muawiyah radhiaLlahu anhu dengan syarat beliau mengusahakan kesatuan umat yang menamatkan kelam perpecahan umat. Muawiyah menerimanya dan beliau berjaya melakukannya dengan segera dan sempurna. Itulah lambang persaudaraan yang terpasak teguh di persada politik umat.

PRK N32 Seri Setia sedang menyaksikan penerokaan politik baharu, sambungan daripada PRK Sungai Kandis.

Semalam saya berkata, orang PAS undilah Umno. Hari ini saya tidak perlu lagi berkata, orang Umno undilah PAS. Ia sedang dan pasti berlaku insya Allah.

Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

10 Janji 100 Hari hanyalah bohong besar


BESUT: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato' Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan manifesto 100 hari PH adalah satu pembohongan besar kepada rakyat.

Katanya, rakyat Malaysia sangat berduka cita apabila 10 janji gabungan itu pada PRU14 lalu tidak dilaksanakan setelah mereka memenangi dan melepasi tempoh 100 hari dijanjikan.

"Apa yang berlaku ini sangat menyedihkan kita. Justeru rakyat perlu sedar dan perlu berhati-hati dengan sebuah kerajaan yang sanggup menabur janji, tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya.

"Bukan sekadar itu sahaja, Kerajaan PH telah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus," ujarnya sebagaimana dilapor Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM) Kampung Tok Has, dekat sini pada kelmarin.

Beliau mendakwa, PH menggambarkan SST lebih baik berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi hakikatnya SST lebih parah daripada GST.

"Kerana cukai GST yang dilaksanakan sebelum ini hanya dikenakan 6 peratus sahaja, tetapi SST ialah 10 peratus.

"Kita mengharapkan rakyat memahami dan menyedari bahawa sistem cukai SST ini tidak rasional untuk dilaksanakan di negara kita," jelas beliau.

Disamping itu katanya, janji untuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak dan banyak lagi yang lain juga gagal dilaksanakan Kerajaan PH.

Justeru itu, beliau menggesa rakyat agar menolak Kerajaan PH dalam PRU yang akan datang kerana sangat tidak rasional dalam perancangan dan tindakan.

"Jika diizinkan PAS memerintah Malaysia, in shaa Allah kita dapat laksanakan perkara yang jauh lebih daripada apa dijanjikan oleh Kerajaan PH.

"Pembohongan janji-janji ini memberi kesan yang sangat besar kepada pelabur-pelabur asing dan rakyat Malaysia apabila ekonomi negara kita pada masa kini terumbang-ambing dan tidak menentu," tambah beliau lagi

UMMAH: Holding dear to our values for our children and grand children


THE conflict between the majority in Malaysia and LGBT activists, is a moral and cultural conflict — it is not racial or ethnic. To be clear, it is not based on notions of Malay superiority or any form of nationalistic chauvinism. We are in conflict over basic values, beliefs regarding what is right and wrong, what is good and bad.

When the majority in a society deem certain behaviours as degenerate and unnatural — like changing one's sex or intercourse between two persons of the same sex — whether that be due to cultural or religious reasons, that is well within our right of belief and expression to hold such values.

And when a certain minority group odiously seeks to marginalize the majority, by forcing their political agenda to centre stage, it is only reasonable to expect that there will be a backlash from those holding dear to long held values, in defense against what we see as an attack on the moral health of our society.

This is particularly the case when a group's "marginalisation" is based on behaviour and choices, not on immutable qualities of birth. And, yes, that can turn ugly very quickly. Of course, we hope that this will never manifest itself in violence; but there is no question that it will manifest itself decisively.

On the part of Gerakan Pembela UMMAH, as a coalition of 300 Islamic Non-Governmental Organisations across the country, we will never allow our fundamental values to be coerced or manipulated out of existence, just to satisfy the lifestyles of the LGBT community.

We are not just living in this country, we are preparing the future of this country for our children – this is something the LGBT community cannot relate to, since they represent the end of their own bloodlines. Two men cannot bear children, nor can two women; and no matter how many hormones a man pumps into his body, and how much he makes himself resemble a woman, he will never have a uterus; no matter what type of surgery a woman has to make herself resemble a man, she will never produce sperm. Their commitment to Malaysia does not reach beyond their own selfish personal lives. The rest of us must think about what kind of society we want for our children and grand-children.

LGBT activists have been pushing their agenda in Malaysia so hard, and have made so many advances in such a short span of time; they have achieved such a level of political clout, that our regional neighbors are bewildered and amused by our apparent obsequiousness. A transgender activist only has to send a message on social media to a government minister to not only secure a face-to-face meeting with him, but even gets to have a joint press conference with him! Who else has this kind of access?

Are the majority expected only to witness and do nothing, as our most deeply held beliefs berated and mocked in the media by LGBT advocates — we are all backward, primitive, oppressive and hateful, while the LGBT community is enlightened, compassionate, special, brave, etc, etc — seriously? And they expect that there wouldn't be any backlash?

If the current trend continues, one could be sure that there would certainly be backlash, and there will be more, and no one can guarantee what form that will take. For years no one cared about your personal sexuality, Gays even had their nightclubs and gathering places; the laws against Gay sex were seldom enforced; but they were not satisfied to leave well enough alone. They have stirred this conflict, and they are pushing the majority into a position where we have to take a decisive stand.

Malaysia is a tolerant and moderate nation, and we have tolerated the LGBT community for years in a civil manner. We agreed to disagree; but now they are trying to force us to agree, so now they will inevitably see the full force of our profound disagreement.

Tuan Aidil Khalid UMMAH's legal bureau representative

ECRL: 'Ada pihak tawar bina dengan kos RM10 bilion' Tun M



Kerajaan akan pertimbang untuk teruskan projek jika kos lebih rendah


PUTRAJAYA, 16 Zulhijjah 1439H, Selasa – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, pentadbirannya telah menerima tawaran membina projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubungkan Kelantan ke Pelabuhan Klang dengan kos serendah RM10 bilion.

"Ada juga yang mengatakan mereka boleh membina ECRL dengan RM10 bilion dan bukannya RM55 bilion. Ada syarikat China, ada juga syarikat tempatan.

"Kami perlu berbincang dengan mereka sekiranya ada kemungkinan untuk mengurangkan kos daripada RM55 bilion menjadi RM10 bilion. Bodohlah, kalau kami tidak menerimanya.

"Tetapi kami perlu mengkaji jika kamu memang boleh mengurangkan kos sebanyak itu," katanya dalam wawancara bersama portal The Malaysian Insight, hari ini.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sanggup membayar lebih daripada RM10 bilion namun tidak lebih daripada RM30 bilion untuk membina ECRL.

"Membayar RM55 bilion untuk sesuatu yang anggaran kos paling tingginya hanya mencecah RM30 bilion tidak baik untuk kedudukan kewangan negara," katanya.

Baru-baru ini, dalam lawatan rasmi ke China bagi merundingkan ECRL dan projek saluran paip gas (TSGP) oleh SSER, Mahathir memberitahu China, bahawa Malaysia tidak mampu untuk menanggung projek berkenaan.

"Apa yang saya katakan ialah jika kita boleh, kita akan membatalkan projek atau menangguhkannya atau mencari cara lain melakukannya tanpa perbelanjaan wang yang banyak," katanya.

Lagi gempa bumi gegar Indonesia


JAKARTA, 16 Zulhijjah 1439H, Selasa – Indonesia sekali lagi digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.2 pada Skala Richter, yang melanda wilayah timur negara itu.

Gegaran yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 100 km di tenggara Kupang, ibu negeri wilayah Nusa Tenggara Timur.

Pakar Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran gempa kira-kira jam 2.15 petang waktu tempatan, sebelum satu lagi gempa susulan berukuran 5.6 magnitud berlaku lima minit kemudiannya.

Bagaimanapun, tiada kematian, kecederaan atau kerosakan dilaporkan akibat gegaran itu.

Sementara itu, jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih memantau kesan gempa berkenaan.

20 Ogos lalu, gempa ketiga melanda Lombok, Indonesia yang meragut lebih 500 nyawa dan menyebabkan ribuan yang lain cedera.

Ia berlaku seminggu selepas gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter yang mengorbankan 17 mangsa termasuk seorang warga Malaysia.- Agensi

Ti Lian Ker nukilkan Puisi peralihan kuasa PM



KUALA LUMPUR 29 Ogos - Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mencuit perhatian dalam sidang Dewan Negara hari ini apabila mendeklamasi puisi nukilannya berhubung pelan peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Puisi tersebut adalah seperti berikut:

Manifesto bukan lagi satu janji
janji pada rakyat boleh dimungkiri
dua tahun lagi Anwar jadi Perdana Menteri
adakah Anwar akan ditipu lagi?
Kenangan pada tahun 90-an
apabila Anwar dipecat jawatan
negara dilanda demonstrasi jalanan
harapan rakyat, negara sihat dan aman. 

PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT?





JANGAN tidak sedar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia pada 8 September nanti, bukan sekadar pertandingan antara PAS dan Pakatan Harapan, atau pembangkang dan kerajaan, tetapi boleh dilihat sebagai PAS lawan kerajaan lembut yang selembut kaum LGBT.

LGBT adalah gejala yang menonjol galak dalam tempoh 100 kerajaan baharu, Harapan.

Gejalanya sudah disuakan sejak rejim lama tetapi ia tidak diberi muka. Tetapi kerajaan harapan semua orang, bukan saja memberi muka, kepala dan isi yang di dalam kepala pun seolah-olah diberi juga.

Tidaklah diisytiharkan ia kerajaan LGBT, tetapi ada riak ia cenderung meliberalisasikan gejala itu. Ada perkara-perkaranya kecenderungan disambar api akhirat.

Ini kita semua kena hubaya-hubaya. Ada manusia tidak benci, tetapi Allah benci. Hingga gejala pengamalnya tidak cium bau syurga. Siapa tidak benci pada apa yang Allah benci bererti ia cenderung pada apa yang Allah benci.

Jangan sampai Malaysia terjerumus menjadi Darul LGBT dan kerajaan Harapan dikira kerajaan mesra LGBT. Cukuplah selama 20 tahun pencetus perjuangan Reformasi disabit fitnah dengan amalan kaum LGBT itu, sakit dan peritnya politik kita hingga tidak terhingga. Jika fitnah itu betul atau tidak telah mengharu biru masyarakat, betapa jadinya jika puaka itu dinormalkan dalam masyarakat.

Kalaupun tidak dinormalkan, sekadar cenderung saja sedang cenderung itu adalah ibarat gas yang mudah disambar api.

Sekadar pergi ke Mekah tidak memadamkan bakarannya.

Pada PRK Sungai Kandis gejala kaum Lut itu belum meletup. Kini ia meletup. Selagi kerajaan Harapan terus lembut, tidak menunjukkan sikap tidak cenderung, maka jangan harap sangat pada Harapan.

Pada PRK Seri Setia adalah permulaan kempen memerangi gejala cenderung Darul LGBT. Ia tidak sekadar kempen untuk menang pilihan raya, tetapi kempen menyelamatkan Malaysia jadi Sodom dan Gomorrah atau bumi kita jadi Laut Mati kedua.

Justeru, umat Nabi Muhammad SAW dijamin tidak menjadi bumi dan kaum dulu-dulu yang dibinasakan, tetapi jangan kita sampai sebagai umat yang sempitkan seakan-akan mereka dulu.

Kempen menolak gejala LGBT tidak mudah kerajaan Harapan dirasuk lembut. Yang dijanjikan untuk 100 hari tidak disempurnakan, yang tidak dijanjikan yang benarkan merebak.

Pengundi Islam dan bukan Islam mesti menunjukkan sikap tidak rela dengan sifat lembut kerajaan itu. Ia disokong dulu bukan untuk itu. Untuk menumbangkan satu kezaliman. Bukan menggantikannya dengan yang lebih zalim.

Jika melalui PRK Seri Setia ini kerajaan itu tidak disekat, maka tidak tahu kita MP dan Adun mana pula akan kosong supaya kempen anti LGBT itu dapat disemarakkan lagi.

Cabaran menyedarkan kerajaan dan parti yang menyokongnya bukanlah mudah. Sekadar menyeru seperti yang simpaikan oleh Nabi Lut dulu tidak mengubah keadaan. Allah kirim ketua-ketua penting malaikat bagi membantu Nabi Lut membuat seruan terakhir, mereka cuba keroyok malaikat-malaikat yang mulia itu.

Ini tandanya gejala itu tidak mudah di setakat sekadar diseru dan dipujuk. Nabi Lut tawarkan puterinya untuk mereka nikahi. TIdak makan. Apa lagi tawaran kebendaan kepada pengundi.

Penyakit sosial itu diselesaikan dengan penyertaan malaikat secara zahir. Jihad membasmi maksiat dalam kempennya bantuan malaikat secara ghaib. Tetapi memerangi sodomi malaikat datang dalam benak nyata. Demikian beratnya gambaran maksiat LGBT itu.

Diplomasi tidak yang baginda Lut buat tidak berjaya. Maka payah kita memikirkan diplomasi Jabatan Perdana Menteri akan berkesan. Apa yang dilihat bukan gejala LGBT dapat dipujuk, tetapi diplomasi LGBT pula yang menundukkan kerajaan.

PAS tidak mungkin dapat membawa Jibril dan lain-lain malaikat kempen di pentas atau merayu undi, kecuali dengan kehendak Allah. Tetapi PAS tidak berputus asa dengan ikhtiar kempennya untuk memerangi anasir terkutuk itu.

Kaum Lut dulu tidak berlaku sekonyong-konyong. Ia memakan masa dan beransur-ansur. Ia tidak sekelip mata menguasai Malaysia. Tetapi jika dibiarkan, tidak dapat dibayang bagaimana payahnya menghadapinya lima tahun akan datang semasa tamat tempoh kerajaan yang ada ini.

Bila ia berakhir, bertambah payah ia ditangani. Maka itulah sebabnya PAS mesti mulai dari sekarang mencabar sikap kerajaan cenderung LGBT itu. Sekalipun kerajaan berhempas pulas untuk menunaikan janji 100 harinya, BN diberi peluang 60 tahun menunaikan janji setiap pilihan raya, berlambak-lambak yang tidak dapat ditunaikannya, maka mustahil kebinasaan 60 tahun Umno/BN itu dapat dibaiki dalam 100 hari.

Tetapi jangan masalah itu dijadikan sebab kerajaan mesti cenderung dengan LGBT.

Kita tahu kerajaan Harapan tidak akan ditumbangkan dengan isu LGBT dalam waku yang singkat itu. Tentangan terhadapnya bukan demi menggantikan kerajaan itu dalam satu dua bulan ini.

Yang utama ialah menekan supaya kerajaan mengambil sikap yang tegas, tidak cenderung berlembut dengannya. Kerajaan mesti disekat bersikap lembut. Jangan tunggu sehingga PM diambil oleh Anwar baru ketegasan itu dimulakan.

Yang mahu ia mesti dinyatakan sekarang. PM Mahathir mesti buat sebagaimana dia buat menghadapi Anwar dengan isu yang digunakannya dulu.

Mengapa dia boleh keras dengan Anwar dulu sedang ia tidak tentu betul dan tidaknya. Anwar dulu tidak pernah mengaku tohmah yang dikenakannya dan dia tidak pula menyatakan berterangan suka kepada amalan terkutuk itu.

Jika Mahathir boleh berkeras kepada pihak yang tidak diketahui cenderung kepada amalan itu, mengapa sekarang dia tidak boleh tegas dengan kumpulan yang hendak menghalalkan semua amalan terkutuk itu?

Jangan sekali-kali kita beri muka pada yang negatif. Rasuah jadi penyakit besar sekarang ini, kerana kerajaan BN selama 60 tahun dulu tidak sikap jelas membendung rasuah. Jika Mahathir buat apa yang dikatakannya sekarang sejak dulu, rasuah itu tidaklah jadi fitnah terbesar.

Hari ini baru Mahathir kata dia keras tentang rasuah. Tetapi banyak kerajaan dan negara kerugian dengan rasuah besar-besaran selama ini. Maka sebelum kerajaan Harapan bertukar jadi kerajaan LGBT, maka ia mesti sekat hari ini juga. Kempen PAS itu adalah hendak membebaskan Malaysia dari keburukan dan kutuk Allah itu.

LGBT bukan satu saja isu dalam PRK itu. Banyak juga lain isu. Antara yang dibangkitkan jangan benar Najib kempen membantu PAS. Umno sendiri terasa kesannya bila dia turun ke Sungai Kandis. Ada benar dan tidak benarnya.

Saya pun suka dia tidak datang. Tetapi pemimpin PAS tidak menyekat dia datang. Mungkin dia tidak boleh mendatangkan kesan lagi.

Saya sendiri pun tidak suka Najib bersiar-siar di situ. Tetapi pemimpan kata, tidak mengapa. Saya sesikap dengan keterbukaan PAS. Tetapi ia tidak menyebabkan saya keluar PAS. Berbeza pandangan terbuka atau tertutup, ada kebaikannya. Kerananya meninggalkan PAS tidak betul. Apa jua terjadi ahli mesti istiqamah. PAS sentiasa betul. Yang berbeza pandangan ahli-ahlinya.

12 angkat sumpah sebagai Senator


Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop antara 12 individu yang mengangkat sumpah sebagai Senator pada Isnin di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Pelantikan Ismail dan tiga lagi iaitu Anggota Jawatankuasa (AJK) DAP Perak Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Pulau Pinang Lum Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dicadangkan oleh Dewan Undangan Negeri Perak dan Selangor. 

Lapan lagi diusulkan oleh kerajaan pusat iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu Datuk Razali Idris, Ketua Bersatu Bahagian Gelang Patah Md Nasir Hashim dan AJK Parti Amanah Negara (Amanah) Pusat Raj Munni Sabu.

Turut dilantik kerajaan pusat ialah Pengerusi Parti Warisan Sabah Datuk Theodore Douglas Lind, Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong, Pengarah Pendidikan DAP Sabah Adrian Banie Lasimbang serta Ketua Cabang PKR Bera Monalan Mohamad dan bekas Anggota Parlimen Lumut Mohamad Imran Abd Hamid.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Husam Musa yang sebelum ini dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Senator pada 27 hb Ogos ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Sementara itu dalam ucapannya selepas majlis yang berlangsung pada 10 pagi tersebut, Vigneswaran mengingatkan Anggota Dewan Negara yang baru dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan keperibadian yang tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.

"Menjadi harapan saya agar Yang Berhormat yang baharu mematuhi ikrar taat setia seperti mana yang dilafazkan sebentar tadi, terutama berkaitan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara yang menekankan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta keperibadian mulia yang menjadi amalan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

"Selanjutnya saya juga percaya bahawa Yang Berhormat pada pagi ini sebagai Anggota Dewan Negara akan membantu ke arah memperkasakan lagi imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang berwibawa dan disanjung tinggi di persada antarabangsa," katanya.- 27/8/2018

"Bantah Caj Perundingan Kesihatan Naik 300%!" - Pemuda PAS


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
28 Ogos 2018 | 16 Zulhijjah 1439

"BANTAH CAJ PERUNDINGAN KESIHATAN NAIK 300%!"

1.     Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah sekeras-kerasnya cadangan untuk menetapkan harga siling bagi kadar caj perundingan kesihatan di hospital dan klinik swasta di seluruh negara sehingga RM125. Cadangan kenaikan tersebut yang dijangka bermula pada tahun 2019 ini sangat keterlaluan. Mengapa perlu naik sehingga 300 peratus? 

2.     Caj dikenakan sebelum ini berpatutan iaitu sekitar RM30 sahaja. Sekiranya Kementerian Kesihatan bersetuju dengan cadangan ini, maka kadar caj tersebut merupakan antara tertinggi di Asia. Ironinya, walaupun hospital swasta tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan 2018 (hanya wad dan makanan sahaja), tetapi cadangan ini akan meningkatkan kos perubatan terhadap rakyat. 

3.     Sepatutnya, Kementerian Kesihatan memikirkan kebajikan rakyat dengan membendung kos rawatan yang terlalu tinggi di semua klinik dan hospital swasta termasuk harga ubat-ubatan. Kerana menurut Bank Negara Malaysia, kadar inflasi kos perubatan di negara ini berada pada paras 12 peratus. 

4.     Berdasarkan kajian dilakukan oleh Marsh Insurance Broker, Malaysia mengalami kadar inflasi perubatan ketiga tertinggi dalam kalangan 11 negara Asia selepas India (14%) dan Indonesia (13.1%). Tambahan cadangan ini seiring langkah Kementerian Kesihatanmemperkenalkan skim insurans kesihatan sosial bagi isi rumah berpendapatan rendah (B40) tahun hadapan. 

5.     Walaupun, ia masih di peringkat perancangan, namun ia seolah-olah menggambarkan kerajaan secara beransur semakin mengurangkan subsidi di sektor kesihatan. Hal ini bermakna, tekanan kos sara hidup rakyat khususnya B40 dan M40 semakin tinggi sekarang. PH bukan kerajaan kebajikan rakyat secara umum, sebaliknya pro kumpulan bisnes.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Merdeka: Perjuangan ulamak disepikan sejarah



EUFORIA gembira dan keghairahan menyambut kemerdekaan negara pada tanggal 31 Ogos separuh hambar, kibaran bendera oleh rakyat sangat dingin walaupun berlaku perubahan kerajaan pada PRU yang lepas. Jauh berbeda dengan semangat patriotik rakyat negara lain dalam menyambut tanggal penting kemerdekaan tanah air mereka. Kesilapan paling besar rejim pemerintah ialah tidak meluruskan sejarah perjuangan kemerdekaan. Hanya kelompok Nasionalis kanan yang dibesarkan sumbangan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, dengan menafikan peranan Islamis dan para alim ulamak.

Langit sejarah telah merakamkan seawal abad ke-20, telah menyaksikan kemunculan arus kesedaran Islam di Tanah Melayu dalam memperjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Antaranya gerakan perlawanan menentang penjajah yang berlaku di Kelantan oleh Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) pada tahun 1915, juga kebangkitan ulamak dalam menentang penjajah Barat di Terengganu pada 1928 yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong beserta gerakan Sarekat Islam Terengganu yang mengibar bendera Khilafah Uthmaniah.

Kebangkitan Ulamak Tanah Melayu juga mengakar dari simbahan kebangkitan ulamak Islam yang berlaku di seluruh belahan dunia ini.

Islam telah menjadi pemangkin dan simbol penyatuan kepada kesedaran rakyat untuk menentang penjajah Kuffar sebagaimana yang dimanifestasikan oleh dua peristiwa tersebut di Tanah Melayu.

Di luar Tanah Melayu seperti Indonesia, Mesir, Libya, Algeria, Iraq, Iran, Sudan, Nigeria dan negara umat Islam yang lain. Islam telah menjadi kuasa penggerak yang ampuh dalam membajai perjuangan menentang penjajah Barat dan menyuntik energi perjuangan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Ulamak dan gerakan Islam telah menjadi pemacu utama dalam perjuangan menentang penjajahan di seluruh bumi umat Islam seperti Sheikh Abdul Quader al-Jazair di Algeria, Sheikh Umar Mukhtar di Libya, Sheikh Uthman Den Fodio di Nigeria, Hassan al-Banna di Mesir, Sheikh Amin al-Husini di Palestin, Sultan Hasanuddin dan Iman di Ponegoro (Perang Jawa 1825 - 1830) di Indonesia, Tuan Guru Hassan bin Munas atau dikenali sebagai Tok Janggut (1915) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong (1922-1928) di Tanah Melayu.

Malangnya bagi umat Islam ialah walaupun kemenangan menentang penjajah adalah kerana kegigihan ulamak dan pendukungnya tetapi buah kemanisan kejayaan kemerdekaan telah dipetik oleh golongan Sekular berpendidikan Barat seperti Front Liberatian Nasionalis (FLN) di Algeria pada tahun 1962.

Soekarno dan kelompoknya di Indonesia dan Umno di Tanah Melayu. Kelompok ini yang telah mengisi kemerdekaan dengan sistem dan nilai-nilai yang ditinggalkan oleh penjajah.

Pada awal abad ke-20 juga telah berkembang gerakan Isla Islamiah telah mencetuskan fenomena bahkan meriuhkan seketika mengenai perbahasan agama di Tanah Melayu.

Gerakan yang juga digelar sebagai kaum muda ini, antara lain berpunca daripada pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah yang memperjuangkan citra perjuangan agama yang perlu dimurnikan daripada khurafat dan bidaah, juga kesedaran pan-Islamisme bertolak daripada penjajahan yang menimpa umat Islam oleh kuasa Barat pada abad ke-19 dan abad ke-20.

Gerakan ini telah menyebarkan fahaman mereka melalui wacana penulisan, pendidikan dan aktiviti berpersatuan. Sedikit sebanyak, gerakan kaum muda ini telah menginspirasikan kepada orang Melayu untuk berpartisipasi dalam gerakan politik perlawanan dan juga menyuburkan dunia pendidikan yang akhirnya diterjemahkan dengan penubuhan Hisbul Muslimin pada tahun 1948 di Mahaad al-Ehya Asyariff Gunung Semanggol.

PAS sebagaimana gerakan Islam lain telah merakamkan nama di langit sejarah merupakan tuntutan beragama yang memerlukan kewujudan tanzim atau organisasi tersusun untuk menegakkan Islam.

Di Mesir tertubuhnya Ikhwanul Muslimin oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 di subcontinent tertubuhnya Jamaat-e-Islami oleh Maulana Maududi, Jamaah an-Nur di Turki, Majlis Syura Muslimin di Indonesia dan PAS di Tanah Melayu.

Sejarah penubuhan PAS adalah berkaitan dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin, sebuah gerakan Islam kontemporari yang telah diharamkan oleh penjajah British pada bulan Jun tahun 1948.

Hizbul Muslimin ditubuhkan Maahad ar-Ehya Asyariff di Gunung Semanggol, Perak dengan idea daripada tokoh-tokoh politik kiri seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Kiai Masyhur Azahari, seorang pemimpin kanan Majlis Syura Muslimin (Masyumi).

Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 17 Mac 1948 di bawah pimpinan seorang tokoh agama, Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan didukung oleh kalangan elit agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama-agama tradisional seperti guru-guru serta pelajar agama.

Pertubuhan politik Islam ini telah mengsasarkan tiga matlamat utama perjuangannya iaitu untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajahan, membentuk Negara Islam yang bersifat sejagat dan menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Islam.

Dengan citra besar dan nuansa yang murni inilah yang memungkinkan British menghidu bahaya yang dibawa oleh Parti Islam ini yang dilihat mampu menggembleng sokongan orang Melayu. Penjajah British seperti yang diungkapkan Sir Lord Cromer (The Modern Egypt) tidak akan membenarkan tegaknya Negara Islam di mana sahaja wilayah jajahan British walaupun sesaat.

(Penulis adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

Subky: BN sudah mati?



MCA ternyata lebih berani daripada Umno.

Menjelang PRK Sungai Kandis sebulan lalu ada suara daripada Umno untuk menggunakan lambing sendiri. Bukan dacing yang BN guna sejak 30 tahun lalu.

Agaknya tentulah keris telanjang. Suatu yang menggerunkan pengundi bukan Melayu.

Tetapi MCA lebih berani dari Umno. Untuk PRK Balakong pada 8 September ini ia mencadangkan mengguna lambangnya sendiri.

Kata Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan, jika ada PRK di kawasan yang diwakili oleh MIC, maka MIC juga tidak dihalang menggunakan lambang sendiri.

Pemimpin Umno tidak mengaku perkembangan pada MCA sebagai satu perpecahan Barisan Nasional. 

Macam penyatuan bangsa Indonesia. Bhinneka Tunggal Ika tinggal ika. Nampak berpecah tapi bersatu, atau jangan bersatu tapi nampak berpecah.

Jika sepanjang lima tahun akan datang kerabat BN di Semenanjung tidak lagi menggunakan lambing dacing dalam pilihan raya kecil, maka bagaimana pula dalam PRU15 nanti?

Adakah setiap kerabat BN itu jadi seperti PAS dalam PRU14 dulu bersendirian? Umno bertanding sendiri, MCA sendiri dan MIC sendiri. Masing-masing dengan lambangnya, tetapi mereka sebagai tanda kerjasama tidak bertanding sama sendiri.

Jika ini yang berlaku, tidak dapat dijamin kerabat BN itu akan bekerja untuk parti rakannya dan tiada pula jaminan penyokong Umno tidak meletak calon di kawasan yang diberi kepada MCA dan MIC peratus mengundi Melayunya majoriti.

Sebelumnya tidak ada kawasan yang bermajoriti India. MIC dicalonkan di kawasan bermajoriti Melayu. Banyak calon MCA menang di kawasan Umno.

Untuk mengatakan BN berpecah, Umno mungkin tidak mengaku. Adapun yang dikatakan berpecah itu adalah atas benda yang ada atau benda yang hidup. Macam Umno dulu ada tim A dan tim B. Umno ada, satu A dan satu lagi B.

Bagi BN A tak ada, B pun tak ada. Ia sudah seperti tidak ada. Benda yang tidak ada dan benda yang sudah mati, macam mana hendak dikatakan berpecah.

Bila Timbalan Presiden kata BN tidak berpecah, mungkin dia merujuk pada benda yang sudah tidak atau sudah mati.

Dan hakikatnya bila MCA tidak mahu menggunakan lambang BN lagi, bererti ia sudah lebih separuh tidak bersama BN lagi. Dan komponen BN pula tidak buat sebarang bantahan tidak menggunakan lambing BN. Untuk PRK menjelang PRU15, BN sudah tidak menguatkan disiplin lagi. Dan tanda Barisan Nasional sudah mati.

Akan tetapi MCA belum mati. Sepatutnya ia sudah mati. Kerana ada MP tunggal saja dalam BN. Jika tiada PRK Balakong, orang tidak tahu MCA masih hidup. Hidupnya tidak lagi sebagai BN.

Sepanjang sejarah pilihan raya sejak tahun 1955, MCA belum pernah beranding atas lambangnya sendiri. TIdak diyakini ia boleh hidup lepas PRK Balakong ini. Jka ia mati, ia mati selepas BN mati dulu. 

Umno belum mati. Mana-mana PRK yang PAS tidak bertanding, jika Umno bertanding, tandanya ia masih hidup. Jka ia tidak bertanding lagi, tanda ia juga seperti mati.

Dulunya Perikatan. Ia diganti Barisan Nasional. Bila BN mati, Umno hendak hidup atas apa? Hidup Umno kini atas sejarahnya.

Rafizi atau Azmin jadi pengganti Anwar?


Oleh Zin Mahmud

Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipastikan menjadi presiden PKR apabila menang bertanding untuk jawatan itu 5 Ogos lalu. Hanya menunggu pengesahan selepas pemilihan parti pada 13 Oktober ini.

Pada tarikh itu bagaimanapun, akan ditentukan siapa timbalan presiden PKR dan pengganti Anwar, iaitu sama ada Datuk Seri Azmin Ali atau Rafizi Ramli.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan (PH) sudah menentukan siapa pengganti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Anwar. Perkara ini sudah dipersetujui Majlis Presiden PH, walaupun ada penyokong Dr Mahathir tidak mahu Anwar menjadi penggantinya.

Malah, cakap-cakap politik menyebut ada pihak yang mahu menghalang Anwar menjadi perdana menteri dan digantikan dengan Azmin.

Tetapi, Dr Mahathir menegaskan beliau berpegang pada persetujuan parti-parti PH sebelum pilihan raya lalu. Sokongan DAP dan Amanah kepada Anwar sebagai pengganti Dr Mahathir adalah padu.

Walaupun secara rasmi kedudukan keempat-empat parti – PKR, PPBM, DAP dan Amanah adalah setaraf dan keputusan Majlis Presiden berbentuk konsensus, tetapi pemahamannya adalah pada asasnya PH merupakan kerjasama antara PKR dan PPBM dengan dokongan penting DAP dan Amanah, sebab itu pembahagian kawasan pilihan raya lalu didominasi PKR dan PPBM.

Walaupun PKR memenangi kerusi paling banyak di Dewan Rakyat dalam kalangan parti-parti PH, tetapi Dr Mahathir dipilih sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, PH tidak pernah berbincang siapakah yang bakal menjadi timbalan perdana menteri apabila Anwar menggantikan Dr Mahathir kelak.

Apa yang difahami ialah kerjasama PKR dan PPBM sebagai asas PH akan berterusan. Jika itu berlaku, apabila Anwar menjadi perdana menteri, seharusnya Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi timbalannya perdana menteri.

Maka, struktur penggantian pemimpin dalam PH akan berterusan seperti penggiliran antara PKR dan PPBM.
Selepas Anwar, maka Muhyiddin akan menggantikannya dengan timbalannya daripada PKR yang dijangka Azmin, jika beliau ketika itu sudah menjadi presiden partinya. Kemudian, jika Azmin menjadi perdana menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menjadi timbalannya.

Tetapi, proses perjalanan politik tidak seperti itu. Apa yang dirancang atau dibayangkan ahli politik dan para pengikutnya tidak semestinya akan berlaku. Sejarah politik Malaysia penuh dengan ahli-ahli politik yang gagal menjadi pemimpin negara.

Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno yang berpandangan jauh mahukan parti itu menjadi pertubuhan siasah Malayan ditolak para perwakilannya. Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinannya juga ditolak para pengundi.

Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri pertama negara dan timbalannya juga berjaya menjadi perdana menteri, tetapi harapan Tun Abdul Razak Hussein menjadikan Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai penggantinya tidak pula tercapai, sebaliknya Tun Hussein Onn yang menjadi perdana menteri.

Ramai dalam kalangan Umno ketika itu membayangkan Tengku Razaleigh Hamzah akan menjadi timbalannya, tetapi Hussein memilih Dr Mahathir.

Apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau tidak memilih Tengku Razaleigh. Beliau mengambil Tun Musa Hitam, tetapi Musa tidak menjadi perdana menteri, begitu juga Tun Ghafar Baba yang menggantikannya.

Malah, Anwar yang tidak dihalang Dr Mahathir daripada melawan Ghafar juga tidak dapat menjadi perdana menteri, sebaliknya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah disingkirkan Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Timbalan Abdullah ialah Datuk Seri Najib Razak yang mendapat sokongan Dr Mahathir ketika itu menjadi pemimpin utama negara.

Muhyiddin yang sepatutnya menjadi perdana menteri menggantikan Najib, jika Umno terus berkuasa akhirnya hanya menjadi timbalan presiden parti itu.

Tanpa Muhyiddin, banyak pihak tentu beranggapan pemimpin yang akan menggantikan Najib kelak sama ada Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selama 61 tahun, mereka yang berpeluang menjadi perdana menteri adalah orang Melayu dari Umno, itupun hanya apabila Umno berkembang ke Sabah, baru ada peluang Bumiputera negeri itu menjadi perdana menteri.

Datuk Seri Shafie Apdal pun dapat peluang menjadi naib presiden Umno setaraf dengan Zahid dan Hishammuddin.

Tetapi, pilihan raya umum ke-14 hari itu melenyapkan sebarang impian orang Umni untuk melihat Zahid atau Hishammuddin menjadi perdana menteri dalam waktu terdekat ini.

Dengan terputusnya pemerintahan Umno yang berterusan ini, kepimpinan tertinggi negara tidak lagi ditentukan para perwakilan Umno.

Jawatan perdana menteri berkemungkinan boleh dipegang ahli politik, sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau PH. Kalau BN boleh kembali berkuasa pada pilihan raya umum, maka berpeluanglah Zahid menjadi perdana menteri.

Namun begitu, walaupun PH kini berpeluang menampilkan pemimpinnya sebagai calon perdana menteri, tokoh yang berkaliber itu masih asalnya dari Umno. Dr Mahathir, Anwar, Muhyiddin dan Azmin asalnya ialah orang Umno.

Buat masa ini, ahli politik DAP dan Amanah tidak akan berpeluang menjadi perdana menteri, walaupun ada antara mereka dikatakanlah mempunyai kemampuan.

Ini kerana kedudukan politik mereka yang rendah dalam PH, walaupun ahli politik DAP dan Amanah terdiri daripada mereka yang seumur hidup aktif menentang BN.

Dari segi peraturan demokrasi, sesiapa pun dalam PH berpeluang menjadi perdana menteri jika mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Tetapi realitinya, Amanah akan terus hanya menjadi parti pendokong, walaupun kehadiran mereka penting. Para pemimpinnya boleh dilantik sebagai anggota Kabinet, tetapi bukannya perdana menteri atau timbalannya.

Bagaimanapun, keadaannya berbeza jika Amanah bergabung dengan PPBM. Kedua-keduanya boleh menjadi lebih besar bila bersatu dan orang Amanah berpeluang menjadi perdana menteri.

Bagi DAP, keadaannya lebih sukar. Sebagai parti bukan Melayu, para pemimpinnya tidak berpeluang menjadi perdana menteri. Ini keadaannya walaupun DAP mempunyai ahli politik Melayu, tetapi bilangannya terlalu kecil.

Namun, keadaan boleh berubah jika politik Malaysia tidak mengambil kira soal kaum pemimpin. Suatu perkara yang sebenarnya tidak mustahil.

Dalam keadaan itu, orang bukan Melayu bukan saja boleh menjadi timbalan perdana menteri, malah perdana menteri. Itupun mungkin perdana menteri bukan Melayu yang pertama bukannya datang dari DAP, tetapi PKR.

Bagaimanapun, dari segi parti, pada masa akan datang juga boleh berubah. Dari segi fahaman politik, PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan. Atau semua parti dalam PH boleh meleburkan identiti masing-masing untuk menjadi satu parti, iaitu bukan setakat menggunakan lambang yang sama.

Bagi pilihan raya umum akan datang, landskap politik juga boleh berubah di luar jangkaan. Dengan BN yang tinggal 3 parti dan boleh bekerjasama dengan PAS pula, keadaan boleh berubah.

Lima tahun akan datang, usia semua ahli politik akan meningkat 5 tahun. Mungkin dalam sejarah Malaysia, hanya Dr Mahathir yang boleh kembali menjadi perdana menteri pada usia 93 tahun. 

Ahli-ahli politik lain adalah manusia kebanyakan yang kemampuan mereka hanya sekitar 70 atau 80 tahun, tidak boleh sampai 90 tahun.

Buat masa ini, tumpuan pemerhati politik adalah pada pemilihan PKR. Apakah akan terjadi jika Rafizi dapat mengalahkan Azmin? Adakah PKR akan berpecah dan penyusunan politik kepartian akan berlaku?

Atau sebaliknya yang berlaku, tidak kiralah sama ada Azmin atau Rafizi yang menjadi timbalan presiden PKR, parti itu akan menegaskan dominannya dalam PH dengan tidak memerlukan dokongan PPBM, DAP dan Amanah.

Ada ahli dan penyokong Umno mengharapkan parti mereka akan kembali dominan seperti dahulu. Di dunia, banyak parti lama yang kehilangan kuasa, berjaya kembali memerintah negara.

Akhirnya, pilihan pemimpin negara terserah kepada pengundi. Ramai kalangan rakyat mahu maju ke depan dan tinggalkan politik lama. Itulah yang dimaksudkan Malaysia Baru.

Sebab itu sambutan Hari Kebangsaan ke-61 tahun ini amat bermakna bagi pendokong Malaysia Baru. Mereka pasti mengharapkan Dr Mahathir dan Anwar tidak mengecewakan mereka, dan tidak mengembalikan Malaysia ke zaman seperti pemerintahan parti lama mereka.

Zin Mahmud merupakan bekas pengarang kanan Utusan Malaysia.




Melaka: Exco disiasat SPRM kerana rasuah perlu letak jawatan



Pemuda UMNO memandang serius siasatan SPRM ke atas Exco kanan kerajaan negeri melaka atas tuduhan rasuah sebanyak RM2.6 juta seperti yang disahkan oleh Ketua Menteri Melaka pada Isnin.

Berikutan itu, Pemuda UMNO Melaka mendesak Exco kanan kerajaan Melaka tersebut untuk untuk meletak jawatan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan teliti.

Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka Dr Akmal Saleh berkata jika sebelum PRU14 PH sering mendesak YB BN yang disiasat SPRM meletak jawatan maka mereka perlu melakukan yang sama kini.

"Kami percaya dengan semangat malaysia baru rakyat mengharapkan kepimpinan PH akan melakukan perkara yang selalu dicanangkan kepada rakyat atau rakyat boleh menilai adakah ia sekadar retorik semata-mata untuk permainan politik,"katanya.


Menurut beliau, tuduhan mencuri duit rakyat Melaka bukan tuduhan yang ringan, kami menasihatkan YB EXCO tersebut untuk meletakkan jawatan sehingga siasatan selesai dilakukan.

"Kami berharap agar siasatan dapat dilakukan secara adil dan saksama demi untuk kebaikan rakyat,jika benar berlakunya kesalahan tersebut maka orang yang bersalah perlu diberikan hukuman seberat-beratnya tanpa mengira apa kedudukan beliau agar ia dapat memberikan pengajaran kepada semua rakyat dan pemimpin,"ujarnya.-28/8/2018


© all rights reserved
made with by templateszoo