NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid: MP PH kena utamakan kehadiran di parlimen, hormati PM


Kehadiran anggota parlimen terutamanya dari pihak kerajaan semasa sesi perbahasan perlu diberi keutamaan walau sesibuk mana pun mereka, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bekas timbalan perdana menteri turut memberitahu bahawa institusi parlimen dan jawatan perdana menteri perlu dihormati oleh semua anggota dewan.

"Saya fikir biar pun kita di pihak kerajaan atau pembangkang, kehadiran di parlimen terutamanya di dalam sesi-sesi perbahasan harus diberikan keutamaan dan saya tidak memihak dalam hal ini.

"Sebab saya dan rakan-rakan pernah berada dalam kerajaan, institusi parlimen harus dihormati biar sesibuk mana pun untuk menghormati seorang ketua majlis iaitu perdana menteri yang mengambil peduli untuk menjawab soalan pertama.

"Ia bukan hanya harus diberikan sokongan moral tetapi ia melihatkan kesatupaduan bukan hanya dikalangan jemaah menteri tetapi oleh seluruh anggota pentadbiran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kehadiran anggota Kabinet dan timbalan mereka di Dewan Rakyat.

Malah Mahathir berkata, meskipun telah berusia 93 tahun beliau sebolehnya mahu bekerja 36 jam sehari.

Isu kehadiran anggota parlimen sebelum ini dibangkitkan wakil rakyat BN apabila kesemua menteri dan timbalan menteri tidak hadir pada Rabu lalu. Susulan itu, mesyuarat kabinet diubah kepada hari Jumaat.

Petang tadi parlimen tak cukup korum, semasa kerajaan BN dulu belum terjadi seperti ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo