NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH Kedah ajak umat Islam berganding bahu pertahankan Islam dan hak istemewa orang Melayu



12 Julai 2018
Oleh : Wan Halim Wan Mohammed

ALOR SETAR – Gerakan Pembela Ummah Cawangan Kedah (UMMAH Kedah) ingin mengajak umat Islam berganding bahu mempertahankan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang kini sedang dicabar oleh pihak-pihak tertentu dalam negara ini. Secara naratifnya, golongan tersebut bukan sekadar menuntut hak mereka sebagai warga negara, sebaliknya secara tersirat mereka secara terancang menggugat sistem Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang sememangnya telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Cawangan Kedah (UMMAH Kedah), Ustaz Noor Hakimi Abdul Halim, pihaknya amat merasai kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, ketika ini sedang digugat oleh pihak tertentu samada secara terang-terangan maupun secara halus.

Beliau meninggatkan supaya umat Islam dan orang Melayu jangan mudah lupa bahawa telah wujud beberapa kumpulan yang jelas anti Islam dan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu. Kumpulan bertapak dan bergerak dengan pelbagai jenama dan organisasi, berselindung atas agenda memperjuangkan hak asasi dan berperlembagaan.

“Usaha mereka untuk meruntuhkan sistem Islam, menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan memperlecehkan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah berterusan dengan pelbagai kaedah dan wajah, di samping mendapat sokongan di peringkat antarabangsa, ujarnya.

UMMAH Kedah amat bimbang jika tindakan kumpulan ini tidak ditegur maupun dihalang oleh pihak pemerintah dan umat Islam mereka akan bertindak dengan lebih melampau lagi, ia boleh mendatang kemudaratan dalam jangka panjang, sekaligus boleh mencetus suasana yang tidak harmoni dan stabil kepada negara.

Dalam hal ini, UMMAH Kedah turut mengesan tentang kerisauan rakyat khususnya kalangan umat Islam dan Melayu berkaitan beberapa perkembangan dan isu yang berlaku seperti ada pihak yang menuntut sistem raja berperlembagaan dihapuskan, desakan menutup institusi Islam seperti sekolah tahfiz dan JAKIM, melantik bukan Islam menguasai bidang perundangan negera (Menteri, Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara), berlunak dengan golongan seks songsang iaitu LGBT, meremehkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan, pemberian sebanyak 1000 kuota khas kemasukan matrikulasi kepada pelajar kaum Cina, pengiktirafan persijilan UEC dan pelbagai lagi isu yang secara langsung dibimbangi boleh menggugat keharmonian masyarakat di negara ini.

Noor Hakimi menambah, hal berkaitan agama Islam, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu, di samping bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah isu sensitif yang perlu ditanggapi dengan berhemah dan bijaksana kerana ia ibarat “Bom Jangka” yang boleh meledak pada bila-bila masa”.

Justeru UMMAH Kedah ingin mengajak seluruh umat Islam dan Melayu supaya berganding bahu mempertahankan ajaran Islam dan hak Istimewa orang Melayu, di samping kedudukan Raja-Raja Melayu dari digugat, diperleceh maupun dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Soal Ustaz Noor Hakimi, “Jika umat Islam dan Melayu tidak mahu berganding bahu pertahankan kedudukan Islam, hak-hak orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, siapakah lagi yang boleh kita harapkan ? Jangan biarkan sejarah hitam berulang kembali di tanah air yang tercinta ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo