NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umat Islam terlepas mulut harimau, dilibas ekor buaya?






Pertama: Pelantikan menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian hal ehwal Undang-Undang) – Datuk Liew Vui Keong

Kedua: Pelantikan peguam negara pada 5 Jun 2018 – Tommy Thomas

Ketiga: Pelantikan ketua hakim negara pada 11 Julai 2018 – Tan Sri Richard Malanjum

Kerajaan Pakatan Harapan sekali lagi berjaya pecah rekod pelantikan ketua hakim negara dari kalangan bukan Islam sejak pertama kali ia diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia 1963 dengan nama awalnya lord president.

Hanya lord president yang pertama terdiri dari kalangan bukan Islam iaitu Tun Sir James Beveridge Thomson.

Melihat tiga posisi penting ini telah diisi oleh sosok yang sangat meresahkan umat Islam, maka apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang.

Paling meresahkan apabila melihat kepada rekod penghakiman ketua hakim negara yang baharu ini.

Agak jelas kelihatan corak penghakiman yang tidak menyebelahi Islamdalam beberapa kes penting.

Malangnya, kerajaan Pakatan Harapan boleh "memekakkan" telinga dari mendengar keluhan dan teguran umat Islam serta tergamak "membutakan" mata dari melihat bagaimana reaksi bimbang umat Islam terhadap perkembangan ini.

Reaksi bimbang dan teguran umat Islam telah jelas kedengaran sejak dari pelantikan peguam negara tempoh hari lagi.

Kini pelantikan ketua hakim negara pula bakal mengundang petaka buat umat Islam.

Langkah kerajaan Pakatan Harapan juga dilihat tergesa-gesa dan tergopoh-gapah. Entah apa yang dikejar.

Peletakkan jawatan Tun Md Raus Sharif hanya berkuat kuasa pada 31 Julai.

Pelantikan Richard Malanjum semalam menjadikan kini Malaysia mempunyai dua orang ketua hakim negara sebelum berakhir 31 Julai ini.

Mungkinkah juga Tun Md Raus telah dipaksa untuk membuat surat peletakkan jawatan yang baru berkuat kuasa serta-merta?

Jika masih kekal peletakkan jawatannya efektif pada 31 Julai, maka apakah ini suatu langkah yang berpelembagaan?*

Apakah ia juga bermakna sudah ada campur tangan kerajaan dalam sistem kehakiman?


Episod apa lagi yang bakal disaksikan oleh umat Islam selepas ini.

Sudahlah Islam terumbang ambing di zaman kerajaan BN dahulu, ternyata kini perubahan yang dilaungkan itu rupanya ke arah yang lebih teruk dan buruk.

Apakah situasi ini meletakkan umat Islam terlepas dari mulut harimau lalu dilibas ekor buaya?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo