NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC 'perlekeh' sistem pendidikan negara



KUALA LUMPUR 18 Julai - Pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya dilihat demi kepentingan satu kaum semata-mata dan disifatkan 'memperlekehkan' taraf sistem pendidikan terutama Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 


Malah tokoh sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim menegaskan, pelaksanaan UEC secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak mempunyai ketetapan dan pendirian sendiri dalam menentukan setiap dasar dan hala tuju negara.


Selain itu, katanya, isu UEC juga perlu dilihat dengan gambaran yang jelas dan bukan hanya mengikut janji politik yang dibuat sebelum ini.

"Hal pendidikan negara perlu ke arah yang lebih jitu dan isu UEC adalah isu berkaitan pembentukan negara lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang lebih menjurus kepada perkauman di mana suara kaum Cina menentang kaum Melayu.

"Oleh itu, Kementerian Pendidikan sebenarnya perlu perhalusi lagi isu ini termasuk menjadikan sistem hanya satu sistem pendidikan kebangsaan sahaja dengan memperkasakan sistem tersebut demi kepentingan semua," katanya dalam program Sembang Online Apa Istimewanya UEC? di sini hari ini. 

Program yang berlangsung selama satu jam itu turut menjemput Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong. - UTUSAN ONLINE



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo