NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC: Menteri Pendidikan jangan jadi 'pak turut' kepada timbalan




Kerajaan PH lebih pentingkan manifesto berbanding Perlembagaan: Isma

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 13 Zulkaedah 1439H, Khamis – Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan untuk tidak mewajibkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) lulus subjek Sejarah, seolah-olah mengikut hasrat DAP dan sekutunya yang mahu merungkai kedudukan Melayu dalam Perlembagaan.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, subjek Sejarah yang diwajibkan kerajaan pada 2013 adalah mata pelajaran penting untuk memupuk sifat patriotik di kalangan pelajar.

Beliau berkata, tanpa pengetahuan sejarah negara yang betul, tiada yang akan mengetahui kenapa orang Islam, Melayu dan kesultanan diberi keistimewaan di dalam Perlembagaan.

"Masyarakat tidak lagi akan faham tentang tanah rizab Melayu, strategi penjajah mengubah sifat asal Tanah Melayu dan fakta lain berkaitan negara," katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan bahawa hanya kepujian Bahasa Malaysia diperlukan untuk pelajar sekolah menengah persendirian Cina yang mengambil UEC untuk masuk ke universiti awam.

Ching berkata, syarat kepujian Bahasa Malaysia itu tidak termasuk subjek Sejarah atau mata pelajaran lain, dan ia jelas seperti terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Menyelar perkara itu, Muhammad Fauzi berkata, kenyataan Ching seolah-olah meletakkan manifesto PH lebih tinggi berbanding Perlembagaan negara.

"Sedangkan pada masa yang sama banyak lagi janji-janji dalam manifesto tersebut belum ditunaikan. Kenyataan itu juga meletakkan Menteri Pendidikan (Maszlee Malik) di kedudukan belakang, seolah-olah hanya 'pak turut' kepada timbalannya.

"Menteri mesti konsisten berkenaan janjinya yang akan melakukan kajian holistik untuk keluar daripada imej sebagai pak turut kepada timbalannya itu," katanya.

Beliau menegaskan, tidak kira apa juga bentuk langkah yang ingin diambil kerajaan, namun beliau tetap kekal berpendirian bahawa UEC tidak sepatutnya diiktiraf kerana bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

"Jika pengiktirafan UEC disertai dengan ketidakperluan kepada lulus mata pelajaran Sejarah, maka itu hanyalah langkah yang akan meruntuhkan asas kenegaraan Malaysia," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo