UEC : Api dalam sekam



Hasil temubual bersama Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong.

SEJARAH
Pada tahun 1975, Unified Examinantion Certificate (UEC) telah diwujudkan oleh dua persatuan cina iaitu Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia ( Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Berikutan daripada pelancaran UEC ini, kedua-dua pemimpin daripada Jiao Zong dan Dong Zong telah dipanggil ke parlimen oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri ke-7 kita, Tun Dr Mahathir sendiri. Beliau meminta kedua-dua orang pemimpin tersebut untuk membatalkan pelaksanaan UEC. Ironinya, sudah 43 tahun UEC bersarang didalam aliran pendidikan di Malaysia dan menjadi satu isu yang tenggelam timbul. Sekali lagi isu UEC ini dibangkitkan apabila UEC ini menjadi salah satu daripada manifesto dalam PRU ke-14 kerajaan Malaysia yang baharu ini. 

JIAO ZONG & DONG ZONG
Kedua-dua persatuan ini wujud pada tahun 1952 sebagai tindak balas kepada Ordinan Pendidikan 1952. Ordinan ini mengangkat Laporan Pendidikan Barnes. Barnes, seorang pegawai British diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa pendidikan pada tahun 1950 untuk mengkaji tentang pendidikan aliran melayu. Antara saranan Barnes dalam laporan beliau yang diangkat oleh Ordinan Pendidikan 1952 ialah beliau meminta untuk sekolah vernakular melayu, cina dan india dihapuskan dan mewujudkan sekolah kebangsaan berasaskan satu aliran sahaja sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Berikutan perkara ini, Jiao Zong dan Dong Zong mengambil langkah untuk mempromosikan pendidikan dalam aliran Bahasa Mandarin supaya setaraf dengan Bahasa Melayu. Kedua-dua pertubuhan ini telah bergabung dan menukar nama kepada Dong Jiao Zong. 

UEC vs SISTEM PENDIDKAN KEBANGSAAN
Mereka yang memilih untuk meneruskan pendidikan di sekolah menengah jenis kebangsaan cina yang menawarkan aliran UEC boleh disifatkan sebagai taksub dengan bahasa cina/mandarin. Kerajaan memberi kelonggaran pada peringkat pendidikan rendah untuk mereka yang ingin bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina. Tetapi, selepas menyelesaikan pendidikan di peringkat rendah, ada segolongan mereka yang tidak mahu untuk ke sekolah menengah aliran kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah persendirian cina yang menawarkan UEC walaupun sudah berada dalam aliran vernakular peringkat rendah selama 6 tahun. Apakah sistem pendidikan negara begitu rendah nilainya di mata golongan-golongan ini ? 

KURIKULUM UEC
Kebanyakkan kurikulum atau sukatan pelajaran yang diaplikasikan dalam aliran UEC diambil daripada sistem-sistem pendidikan dari Hong Kong, Singapore dan China. Tidak dinafikan mereka juga menggunakan sedikit daripada sistem kurikulum di Malaysia tetapi hanya sebahagian tertentu yang dirasakan cukup sekadar untuk meraikan sistem pendidikan kebangsaan. Apa yang penting disini ialah golongan ini tidak menggunakan kurikulum kebangsaan sepenuhnya seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan. 

PENGIKTIRAFAN UEC
Sekiranya kerajaan baharu mengiktiraf UEC ini, perkara ini dilihat sebagai satu ketidakadilan kepada mereka yang belajar menggunakan sistem pendidikan kebangsaan terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang berbangsa cina sendiri. Perkara utama yang dapat dilihat sekiranya UEC diiktiraf ialah UEC ini akan merampas hak anak-anak cina yang setia dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem kuota akan terjejas dan pengiktirafan UEC akan membuka jalan mudah kepada golongan UEC ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.  Golongan UEC ini yang tidak bersama dengan sistem bersama dengan sistem pendidikan seharusnya kekal dengan cara mereka yang sedia ada. Ramai lagi mereka yang terus setia dan yakin dengan sistem pendidikan kebangsaan dan golongan inilah yang pelu dijaga oleh kerajaan. Pengiktirafan UEC dapat diumpamakan sebagai kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. 

UEC, MANIFESTO & SOLUSI
Pengiktirafan UEC seharusnya tidak boleh berada di dalam manifesto kerajaan pakatan langsung. Sekiranya isu ini hanya digunakan hanya untuk meraih kemenangan dalam PRU ke-14, ketahuilah kerajaan hanya menang bersorak, kampung tergadai. Pengiktirafan UEC ini akan meyebabkan kita tersasar daripada akta pendidikan kebangsaan itu sendiri yang mengkehendaki bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Kerajaan terdahulu pernah menawarkan sistem UEC untuk berada sekali dengan sistem pendidikan negara tetapi tidak ramai yang ikut serta dan masih berdegil untuk terus tetap berada dalam aliran persendirian UEC. Golongan UEC ini tahu natijah dan akibat yang bakal ditempuh sekiranya mereka berada di luar sistem dan perkara inilah yang perlu mereka korbankan semenjak mereka memilih untuk bersendiri.  Tuntutan pengiktirafan UEC ini merupakan satu tuntutan yang mementingkan diri dan hanya ingin mengaut untung disepanjang jalan pendidikan di Malaysia. Konklusinya, UEC tiada tempat dalam aliran pendidikan di negara ini.


ABU DZAR AL-GHIFFARI BIN SYAKIRIN
INSPIRASI VARSITI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget